MALAYSIA
Empat suspek rogol pelajar di sekolah direman - Ketua Polis Melaka
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata perintah reman terhadap kesemua suspek berusia 17 tahun itu bagi membantu siasatan. - Gambar fail
MELAKA: Empat pelajar lelaki yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan, direman enam hari selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan secara bergilir-gilir di sebuah sekolah di sini minggu lepas.
Ringkasan AI
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata perintah reman terhadap kesemua suspek berusia 17 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar S.R Arthana di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini bagi membantu siasatan.
"Reman ke atas kesemua suspek bermula hari ini hingga 16 Okt dan kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan.
"Kes melibatkan mangsa berusia 15 tahun ini masih dalam siasatan lanjut pihak polis," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan kejadian rogol bergilir-gilir tersebut berlaku sekitar 2.50 petang pada 2 Okt lepas dalam sebuah kelas di sebuah sekolah di Alor Gajah dan perbuatan itu dirakam mengguna telefon bimbit oleh dua daripada suspek.
Insiden tersebut terbongkar selepas ibu mangsa menerima maklumat mengenai penyebaran video tersebut daripada guru sekolah sebelum membuat laporan polis.
--BERNAMA
Ringkasan AI
- Empat pelajar lelaki Tingkatan 5 direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 secara bergilir-gilir dalam sebuah kelas di sekolah di Alor Gajah, Melaka.
- Kejadian berlaku pada 2 Oktober dan dirakam menggunakan telefon bimbit, sebelum video tersebar dan dimaklumkan kepada guru serta ibu mangsa yang kemudian membuat laporan polis.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan, dan pihak polis serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menjalankan siasatan lanjut dengan kerjasama penuh daripada pihak sekolah.