awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat tahun jadi mangsa liwat guru, pelajar 14 tahun nekad lapor polis

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
17/05/2022
06:44 MYT
Empat tahun jadi mangsa liwat guru, pelajar 14 tahun nekad lapor polis
Suspek yang juga warden asrama sebuah sekolah agama di Tanah Merah telah ditahan untuk bantu siasatan kes liwat pelajar berusia 14 tahun itu.
KOTA BHARU: Selepas empat tahun menjadi mangsa liwat, pelajar lelaki berusia 14 tahun nekad melaporkan kepada polis dan membongkar perbuatan jijik guru agamanya.
Perkara itu didedahkan Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun dalam sidang medianya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.
Susulan laporan pelajar itu, guru berkenaan yang juga warden asrama sebuah sekolah agama di Tanah Merah ditahan.
Beliau berkata, suspek ditahan di tempat dia mengajar di sebuah sekolah agama semalam.
Menurut Muhammad Zaki, mangsa mendakwa dia mula diliwat sejak 2018 iaitu ketika usianya bawah 12 tahun dan perbuatan itu dilakukan lebih sekali berdasarkan tempoh tersebut.
Mangsa, jelas beliau, tampil sendiri membuat laporan polis selepas memaklumkan kepada keluarganya.
“Suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an telah ditahan dan pihak polis akan memohon perintah reman.
“Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut manakala mangsa akan menjalani pemeriksaan di hospital,” kata beliau.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14A Akta Kesalahan Kanak-kanak.
Topic Berkaitan
#pelajar 14 tahun
#mangsa liwat
#guru agama
#Tanah Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan