MALAYSIA
Empat trak kontena Amal4Gaza masuk ke Gaza
Kontena bantuan itu melalui pemeriksaan dan saringan di Al Arish selama beberapa hari sebelum dibenarkan masuk ke wilayah konflik itu.
KAHERAH: Empat trak kontena misi Amal4Gaza membawa bekalan makanan dan gandum telah berjaya masuk ke Gaza baru-baru ini melalui Karem Abu Salem.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dalam satu kenyataan berkata, bantuan kemanusiaan itu telah disalurkan kepada 1,800 keluarga terjejas perang di dalam Gaza.
Bantuan kemanusiaan hasil sumbangan rakyat Malaysia itu disalurkan melalui misi Amal4Gaza Yayasan Amal Malaysia yang menghantar sukarelawannya ke Kaherah, Mesir sejak 1 hingga 11 Disember lalu.
Empat trak bantuan itu dihantar ke Gaza dengan kerjasama Gazze Destek Organization (GDD) dan Bulan Sabit Merah Mesir (ERC).
Kemasukan bantuan dari Malaysia itu dikongsikan Sukarelawan Misi Amal4Gaza, Syed Azwan Syed Ali dari Mesir melalui rakaman video disediakan wakil GDD di sempadan.
Sebelum ini, empat trak kontena bantuan itu telah berlepas dari Ismaliya pada 4 Disember lalu, sebelum dibenarkan masuk ke Gaza lapan hari kemudiannya melalui pintu Karem Abu Salem.
Kontena bantuan itu melalui pemeriksaan dan saringan di Al Arish selama beberapa hari sebelum dibenarkan masuk ke wilayah konflik itu.
GDD, NGO Turkiye, yang juga rakan kerjasama Amal4Gaza telah menghantar lebih 100 trak bantuan ke dalam Gaza sejak gencatan senjata pada Oktober lalu. -