awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enakmen jenayah syariah Terengganu hanya dilaksana jika semua setuju - MB

Bernama
Bernama
13/07/2017
12:53 MYT
Enakmen jenayah syariah Terengganu hanya dilaksana jika semua setuju - MB
Enakmen jenayah syariah Terengganu hanya dilaksana jika semua setuju, kata kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Terengganu hanya akan mengikuti jejak langkah Kelantan menambah baik enakmen berkaitan jenayah syariahnya jika mendapat persetujuan semua pihak, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Katanya ini termasuk parti komponen Barisan Nasional yang mewakili kaum dan agama lain.
"Kerajaan Terengganu pada dasarnya menyokong RUU (rang undang-undang) itu tapi apa-apapun kita perlu mendapat pandangan daripada parti-parti komponen yang lain seperti MCA, MIC dan Gerakan sebelum ia dilaksanakan.
"Kita kena ambil tahu keperluan mereka, pandangan dan kebimbangan mereka jika undang-undang itu dilaksanakan. Tapi kita akan memberi penjelasan sebaiknya jika ingin melaksanakan undang-undang berkenaan," katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya Badan Perhubungan UMNO Negeri, di sini hari ini.
Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zuber Embong dan kepimpinan UMNO Negeri serta parti-parti komponen MCA dan MIC Negeri.
Semalam Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.
RUU itu juga memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan,
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#enakmen
#jenayah syariah
#Razif Abdul Rahman
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan