Enam anggota polis ditahan SPRM

Bernama
Julai 19, 2019 16:37 MYT
Kesemua anggota polis itu ditahan SPRM pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin. - Gambar hiasan
Enam anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat rasuah melibatkan pendatang tanpa izin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Azman Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan penahanan anggota polis terbabit.
"Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut butiran berkenaan kes itu.
-- BERNAMA
#Azman Ab Rahman #Hulu Selangor #pati #pendatang tanpa izin #polis #Rasuah #siasatan #SPRM