awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam bas bawa penyokong Najib ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta

Faida Rahim
Faida Rahim
22/12/2025
00:30 MYT
Enam bas bawa penyokong Najib ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta
Kumpulan penyokong itu berkumpul sambil melaungkan slogan seperti "Bebas Bossku" dan "Lawan tetap lawan". - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Enam buah bas dari Pekan, Pahang tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini, membawa ratusan penyokong setia bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang hadir seawal jam 7 pagi bagi memberi sokongan menjelang keputusan penting semakan kehakiman beliau.
Tinjauan Astro AWANI mendapati kumpulan penyokong itu berkumpul sambil melaungkan slogan seperti “Bebas Bossku” dan “Lawan tetap lawan”, menzahirkan solidariti terhadap pemimpin yang kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching dijadual menyampaikan keputusan terhadap permohonan semakan kehakiman yang difailkan Najib, yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan.
Permohonan itu bertujuan mendapatkan kebenaran untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Keputusan mahkamah akan menentukan sama ada Najib dibenarkan menjalani baki hukumannya di kediaman beliau di Kuala Lumpur atau kekal di Penjara Kajang.
Najib sebelum ini telah melalui semua peringkat rayuan bagi membatalkan sabitan dan hukuman, namun gagal.
Pada 2 Februari 2024, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara akan dilanjutkan setahun, menjadikan tarikh pembebasan pada 23 Ogos 2029.
Pada 1 April 2024, Najib memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan mendakwa wujudnya satu Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024 yang membenarkannya menjalani hukuman di bawah tahanan rumah.
Beliau menamakan tujuh responden termasuk Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Penjara, Peguam Negara, dan beberapa pegawai kanan kerajaan.
Najib memohon perintah mandamus agar responden mengesahkan kewujudan titah tersebut dan melaksanakannya dengan memindahkannya dari Penjara Kajang ke rumahnya.
Bagaimanapun, pada 4 Julai 2024, Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu atas alasan afidavit sokongan mengandungi keterangan dengar cakap.
Najib kemudian merayu ke Mahkamah Rayuan dan berjaya memperoleh keputusan majoriti 2-1 yang memerintahkan semakan itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran penuh.
Pejabat Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan, namun pada 13 Ogos, panel tiga hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Malaya ketika itu, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim, menolak rayuan AGC dan mengarahkan semakan kehakiman itu didengar semula di Mahkamah Tinggi berdasarkan merit.
Kes tersebut kembali ke Mahkamah Tinggi dan didengar di hadapan Hakim Datuk Alice Loke, yang menetapkan 22 Disember sebagai tarikh keputusan.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#penyokong
#Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
#semakan kehakiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan