GADGETS
Enam ciri menarik telefon pintar, komputer riba tahun 2026 menurut Qualcomm
Ejen AI yang beroperasi terus daripada telefon akan membolehkan pengguna melaksanakan tugas harian seperti memuat naik gambar ke media sosial hanya dengan arahan suara. -Foto Amanz
DI SNAPDRAGON Summit yang berlangsung minggu lalu, saya diberikan akses kepada beberapa produk prototaip dan juga menemu bual beberapa barisan eksekutif Qualcomm.
Ringkasan AI
Kesempatan ini saya gunakan untuk mencungkil rahsia dan idea syarikat mengenai masa depan telefon pintar dan komputer riba yang akan ke pasaran bermula penghujung tahun ini serta tahun depan.
Berikut ialah 10 perkara ramalan yang saya rasakan paling menarik:
1. Peranti Akan Menggunakan Model AI Hibrid
Terdapat puluhan model kecerdasan buatan (AI) yang telah dilancarkan dan setiap satunya mempunyai kekuatan serta kelebihannya tersendiri.
Raja segala model masih belum wujud dan saya yakin anda sendiri tidak hanya menggunakan satu model sahaja untuk menjalankan tugas harian.
Oleh itu Qualcomm meramalkan di masa depan telefon pintar dan komputer riba akan menggunakan model AI hibrid.
Pembantu maya dengan model AI berbeza boleh diseru mengikut keperluan. Mungkin gunakan ChatGPT untuk melakukan carian maklumat, Gemini untuk melakukan analisa mendalam dokumen dan Midjourney untuk menjana gambar realistik.
Kita sudah pun melihat Meta mula menggunakan model AI pesaing pada produk mereka sementara Apple berbincang dengan Google untuk menggunakan Gemini bersama dengan Apple Intelligence.
2. Model AI Yang Diperibadikan Tahun Depan
Idea mengenai model AI yang diperibadikan untuk setiap pengguna menerusi data peribadi telah disentuh oleh Qualcomm di Snapdragon Summit dua tahun yang lalu.
Qualcomm melihat setiap pengguna akan mempunyai knowledge graph peribadi yang disimpan di awanan dengan selamat.
Jika mereka menggunakan model AI baharu, akses kepada data peribadi ini akan diberikan bagi menghasilkan pembantu maya yang benar-benar tahu mengenai diri anda.
Dengan keupayaan NPU Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan Snapdragon X2 Elite, Qualcomm percaya model AI peribadi ini dapat direalisasikan seawal tahun depan.
Yang menjadi halangan ialah masih tiada infrastruktur dengan piawaian standard dipersetujui semua pembangun AI untuk membolehkan knowledge graph digunakan bagi melatih model AI peribadi dengan selamat dan menghormati privasi.
3. Semakin Banyak AI Dijalankan Terus Daripada Peranti
Harga storan serta RAM semakin murah dan NPU lebih berkuasa akan membuka pintu kepada era model-model AI yang dijalankan terus pada peranti.
Gemini, Siri, dan ChatGPT walaupun percuma memerlukan sambungan internet untuk berfungsi. Halangan selama ini ialah RAM dan storan yang terhad pada peranti.
Model Bahasa Kecil (SLM) walaupun mempunyai parameter yang kecil memerlukan 8GB untuk dijalankan pada peranti.
Peranti 24GB RAM sudah menjadi norma biasa di Android. Menjalankan LLM dengan parameter lebih besar akan menjadi realiti menerusi NPU lebih berkuasa, saiz RAM lebih besar, dan proses pengkuantuman (quantization) model AI akan membebaskan pengguna daripada belenggu sambungan internet dalam masa terdekat.
4. Ejen AI Pada Telefon Pintar
ChatGPT, Gemini dan Claude adalah tiga contoh AI yang kini menawarkan perkhidmatan ejen yang boleh menggantikan tugas manusia.
Kesemuanya dilalukan menerusi laman web. Di Snapdragon Summit beberapa demo ejen yang beroperasi terus daripada telefon diperlihatkan.
Ejen yang sempat saya uji ialah melakukan tugas memuat naik gambar terus ke Instagram dengan arahan suara.
Hanya beri arahan seperti “ambil 5 gambar terbaik hari ini dan muat naik ke Instagram dengan tagar #Hello” dan ejen akan melakukannya bagi pihak pengguna.
Ciri yang berguna bagi mereka yang tidak mempunyai masa menjadi kurator media sosial peribadi atau kekurangan masa kerana sibuk.
5. Rakaman Video Lebih Baik Dengan AI Secara Masa Nyata
Zum digital adalah tidak sebaik zum optikal. Dalam sesetengah situasi zum digital perlu juga digunakan walaupun gambar akan nampak kurang tajam.
Menerusi NPU dan ISP yang berkuasa dalam Snapdragon 8 Elite Gen 5, kualiti video yang dirakam dapat dipertingkatkan secara masa nyata.
Di peranti Pixel 10 wujud ciri Video Booster dimana video yang dirakam akan dipertingkatkan kualitinya menggunakan AI. Proses ini mengambil masa dengan video perlu dihantar ke awanan.
Teknologi Glass AI oleh Qualcomm melakukan naik taraf secara terus daripada peranti secara masa nyata tanpa perlu dimuat naik terlebih dahulu.
6. Gaming Di Android Semakin Mantap
Snapdragon 8 Elite Gen 5 ialah cip telefon pintar paling berkuasa tahun ini dengan skor Antutu lebih 4 juta dan skor Geekbench multi teras pula melangkaui 12 ribu.
Dua angka yang tidak pernah dicecah cip pemproses lain termasuklah Apple A19 Pro yang baru sahaja dilancarkan.
Dengan peningkatan prestasi grafik sehingga 23% dan pengurangan penggunaan tenaga sehingga 20% berbanding generasi lalu, peranti dengan cip ini akan dapat menjalankan pelbagai permua pada tetapan paling tinggi.
Wuthering Waves, Honkai Star Rail dan Naraka Bladepoint ialah antara permua yang akan menggunakan sepenuhnya kuasa grafik 8 Elite Gen 5 bagi menawarkan grafik yang lancar.
Tambahan lagi Adreno 840 disahkan menyokong sepenuhnya ciri Unreal Engine 5. Yang masih menjadi misteri ialah sokongan permua tahap PC dan konsol ke peranti Android yang masih belum tiba tidak seperti di iOS. -Amanz
Ringkasan AI
- Qualcomm meramalkan telefon pintar dan komputer riba akan menggunakan model AI hibrid serta diperibadikan berdasarkan data pengguna, dengan lebih banyak proses AI dijalankan terus pada peranti.
- Ejen AI yang beroperasi terus daripada telefon akan membolehkan pengguna melaksanakan tugas harian seperti memuat naik gambar ke media sosial hanya dengan arahan suara.
- Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 menawarkan prestasi grafik dan AI masa nyata yang tinggi, mempertingkatkan rakaman video serta pengalaman gaming Android ke tahap hampir setanding PC dan konsol.