awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam ditahan kutip duit parkir haram di Kuala Lumpur

Sinar Harian
Sinar Harian
29/04/2023
05:33 MYT
Enam ditahan kutip duit parkir haram di Kuala Lumpur
Antara individu diberkas dalam Op Parkir Haram yang dijalankan di Jalan Beremi,Jalan Tengah, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Panggong pada Khamis. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Padah mengutip bayaran secara haram, enam lelaki diberkas menerusi Op Parkir Haram yang dijalankan di Jalan Beremi, Jalan Tengah, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Panggong pada Khamis.
Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, menerusi kenyataan media pada Sabtu memaklumkan, operasi tersebut diketuai dua pegawai JSPT KL dan 13 anggota itu bermula jam 4 petang dan berakhir sekitar jam 11.00 malam.
"Enam suspek lelaki warga tempatan ditahan susulan hasil dari pemantauan serta operasi yang telah dijalankan.
"Kesemua suspek yang ditahan berumur sekitar 22 hingga 51 tahun," katanya.
Menurut kenyataan itu, operasi dijalankan berikutan aduan orang awam tentang berlakunya aktiviti kutipan duit parkir haram.
"JSPT menerima aduan berkaitan aktiviti kutipan parkir secara haram yang semakin rancak dilakukan oleh beberapa kumpulan atau individu di sekitar Kuala Lumpur.
"Tangkapan ke atas semua suspek terlibat dijalankan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Menurut JSPT, Kesemua suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.
"JSPT KL sentiasa komited dalam membasmi salahlaku dan jenayah jalanan serta akan meneruskan tindakan penguatkuasaan di sekitar Kuala Lumpur.
"Orang ramai disaran agar mematuhi peraturan lalu lintas dan undang-undang jalan raya yang telah sedia ada serta mengelakkan dari melakukan aktiviti yang tidak sihat yang boleh menggugat keharmonian bersama," katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#parkir haram
#Kuala Lumpur
#Jalan Beremi
#Polis Kontinjen Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan