awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam ditahan terlibat pergaduhan hingga sebabkan kematian

Bernama
Bernama
01/11/2024
15:57 MYT
Enam ditahan terlibat pergaduhan hingga sebabkan kematian
Ahmad Zamry berkata mangsa dikatakan membuat bising di hadapan rumah suspek sebelum disusuli pertengkaran dan pergaduhan sehingga menyebabkan kematian. - Gambar FB Polis Daerah Segamat
SEGAMAT: Lima lelaki dan seorang wanita berusia belasan tahun hingga 40 tahun ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan sehingga menyebabkan kematian di Taman Sejati, Batu Anam di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu kira-kira 9 malam dan pergaduhan berpunca akibat perselisihan faham antara suspek dengan mangsa iaitu seorang lelaki berusia 30 tahun.
Beliau berkata mangsa dikatakan membuat bising di hadapan rumah suspek sebelum disusuli pertengkaran dan pergaduhan sehingga menyebabkan kematian.
"Siasatan polis mendapati mangsa maut disebabkan libasan dan tetakan parang selain itu beberapa rakan mangsa turut mengalami kecederaan ketika cuba meleraikan pergaduhan.
"Kenderaan milik keluarga suspek turut dirosakkan oleh rakan-rakan mangsa yang tidak berpuas hati," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tangkapan terhadap semua yang disyaki terlibat dalam kejadian itu dilakukan pada 12.30 tengah malam.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 148/302 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan. Semakan juga mendapati suspek utama mempunyai tujuh rekod jenayah lampau," katanya
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanun Keseksaan
#jenayah lampau
#Perselisihan Faham
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan