KUALA LUMPUR: Enam hospital pengajar universiti (HPU) diberi tanggungjawab sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi membantu kerajaan melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Beliau berkata HPU berkenaan melibatkan Pusat Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (PPUiTM), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM UKM), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Sultan Ahmad Shah Medical Centre @IIUM (SASMEC @IIUM) dan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM).
Noraini berkata keenam-enam HPU terbabit terlibat sebagai PPV bagi fasa pertama PICK dan telah menerima vaksin secara berperingkat sejak 25 Februari, dengan PPUM, HCTM UKM, HUSM dan SASMEC @IIUM mulai 1 Mac, manakala PPUiTM (2 Mac) serta HPUPM (mulai 15 Mac).
"Bagi Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS), ketika ini masih belum berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dijadikan sebagai PPV. Permohonan telah dibuat kepada KKM dan HUMS bersedia sekiranya dilibatkan untuk fasa seterusnya.
"Sehingga kini, sejumlah 22,018 dos vaksin telah diperuntukkan KKM kepada HPU bagi kegunaan barisan hadapan di HPU," katanya pada sidang media meninjau proses vaksinasi barisan hadapan di PPUiTM, Sungai Buloh dekat sini hari ini.
Beliau berkata, pemberian vaksin itu turut melibatkan sebahagian petugas di Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian dan Pusat Kesihatan Universiti masing-masing.
Memperincikan pecahan pemberian dos vaksin suntikan pertama mengikut HPU, beliau berkata PPUM menerima 9,389 dos, HCTM UKM (4,134 dos), HUSM (3,148 dos), SASMEC @IIUM (2,370 dos), HPUPM (1,547 dos), PPUiTM (1,254 dos) dan HUMS (176 dos).
Beliau turut memaklumkan, kesemua HPU berkenaan telah mengendalikan kes pesakit dan ujian saringan COVID-19 sejak tahun 2020.
Ditanya sama ada HPU mempunyai kapasiti bagi menyimpan bekalan vaksin di bawah PICK, beliau berkata ketika ini KKM memutuskan bahawa HPU berperanan hanya sebagai PPV sahaja dan tidak dijadikan sebagai Pusat Simpanan Vaksin (PSV) berikutan kekangan peti sejuk beku sedia ada.
"Bagaimanapun, pihak KKM akan membekalkan tiga buah peti sejuk top-loading kepada SASMEC @IIUM serta sebuah peti sejuk top-loading dan empat buah cool box kepada HPUPM pada Mac 2021 bagi simpanan vaksin masing-masing," katanya.
Sementara itu, Noraini berkata beliau akan menerima suntikan vaksin pada masa yang bersesuaian kerana barisan hadapan yang antaranya doktor, jururawat dan petugas makmal di HPU yang berisiko perlu diberikan keutamaan.
"Saya percaya mereka ini frontliners yang perlu kita utamakan. Saya minta supaya mereka ini diberi keutamaan untuk mendapat vaksin, insya-Allah saya akan menerima vaksin pada fasa yang seterusnya, bukan takut tetapi beri keutamaan kepada frontliners di HPU," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 04 2021

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ketika sidang media selepas melawat sempena program imunisasi COVID-19 di Hospital Universiti Teknologi MARA, Sungai Buloh hari ini. - Bernama

AWANI Ringkas: Nilai R Naught meningkat | Pelajar Malaysia selamat dikebumi

COVID-19: Kes positif global melebihi 137.05 juta, kematian lebih 2.95 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.32 juta kes positif diikuti India dan Brazil.

AS tangguh penggunaan vaksin J&J susulan kes pembekuan darah
Ini bagi memberi ruang siasatan berkaitan laporan wujudnya masalah pembekuan darah kesan daripada penggunaan vaksin tersebut.

CEV: Pelumba ZK Racing azam sekat dominasi Jepun
Lima kejayaan podium yang diraih di Qatar menggambarkan betapa kedua-duanya mahu terus menggegar.

Kelompok pertama vaksin atlet berjalan lancar
Daripada jumlah itu, 35 orang merupakan atlet Paralimpik dan 93 orang pula adalah atlet negara yang sudah dan dalam bayangan layak ke Sukan Olimpik Tokyo.

Tentera AS bakal berundur dari Afghanistan 11 Sept depan
Amerika Syarikat bakal mengundurkan tenteranya dari Afghanistan menjelang 11 September depan.

ICERD: Saya bukan menteri bertanggungjawab - Saifuddin Abdullah
ICERD terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan dan pernah diucapkan Dr Mahathir di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2018.

Kluster Jalan Canning Estate: Bazar Ramadan Stadium Perak dikawal ketat
Kawalan serta pemantauan bagi SOP di Bazar Ramadan membabitkan sebanyak 110 gerai itu, dijalankan pihak berkuasa terdiri dari Rela dan polis.

Pelumba PYSRT harap tuah menyebelahi mereka di Portimao, Portugal
MotoGP 2021 yang bersambung semula selepas berehat seminggu diharap memberikan peluang kepada Morbidelli dan Rossi meningkatkan prestasi.

MBI akan perluas e-dompet di pasar, medan selera selepas Aidilfitri
Ia bagi menggalakkan budaya digital dan peralihan kepada masyarakat tanpa tunai menerusi platform pengendali e-dompet yang terpilih.

Enam hospital pengajar universiti jadi pusat pemberian vaksin - Noraini
Keenam-enam HPU terbabit terlibat sebagai PPV bagi fasa pertama PICK dan telah menerima vaksin secara berperingkat sejak 25 Februari lalu.

Dua kementerian bincang kerjasama urus hospital pengajar universiti awam
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam satu kenyataan berkata pelbagai perkara penting melibatkan bidang tugas kedua-dua kementerian itu turut dibincangkan pada Rabu.

Hospital Pengajar Universiti diperkasa - Dr Maszlee
Kementerian Pendidikan akan memperkasakan Hospital Pengajar Universiti (HPU) di seluruh negara bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik

UPM bakal miliki hospital sendiri pada 2018
Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) yang sedang dalam pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2018.