JOHOR BAHRU: Polis telah mengambil keterangan enam individu bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai dikelar ibunya, di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang, di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata individu tersebut termasuk suami, ahli keluarga dan jiran telah memberikan kerjasama yang baik dalam siasatan kematian kanak-kanak berusia setahun enam bulan itu.
Beliau berkata pihaknya juga sedang menunggu laporan lengkap berkaitan tahap kesihatan wanita berusia 32 tahun, tersebut untuk mengetahui sama ada individu itu mempunyai masalah mental.
"Siasatan awal mendapati, memang wanita tersebut ada rekod kesihatan tetapi kita masih menunggu laporan penuh dari pihak hospital.
"Wanita terbabit sekarang ini (dalam tahanan reman) di Hospital Permai, Tampoi dan turut menjalani rawatan sebab ada sedikit kecederaan tetapi, setakat ini dia memberikan kerjasama," katanya pada sidang media selepas meninjau Tapak Bazar Ramadan Plaza Angsana di sini hari ini.
Kumar berkata motif kes tersebut masih dalam siasatan.
Wanita tersebut direman tujuh hari di Hospital Permai di sini, bagi membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian pada jam 1.30 tengah hari itu, wanita tersebut turut menghantar gambar anaknya yang telah dikelar kepada suaminya menerusi aplikasi WhatsApp.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
M Kumar berkata individu tersebut termasuk suami, ahli keluarga dan jiran telah memberikan kerjasama yang baik dalam siasatan kematian kanak-kanak berusia setahun enam bulan itu. - FB Polis Johor
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kedai perabot berhampiran LDP musnah dijilat api
Sebuah kedai perabot musnah hampir 100 peratus selepas dijilat api dalam kejadian di Jalan SS8/7, Petaling Jaya .
Seorang penyelam TLDM meninggal dunia ketika operasi salvaj KD Pendekar
Seorang anggota penyelam TLDM disahkan meninggal dunia ketika melaksanakan operasi salvaj untuk menyelamatkan bangkai KD Pendekar yang karam di perairan Tanjung Penyusop, Kota Tinggi.
Masalah banjir di Jalan Betong-Sri Aman dalam siasatan - Nanta
Masalah banjir di Lebuhraya Pan Borneo yang melibatkan Jalan Betong-Sri Aman masih dalam siasatan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.
Enam individu diambil keterangan, bantu siasatan kes ibu kelar anak - Ketua Polis Johor
Polis telah mengambil keterangan enam individu bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai dikelar ibunya, di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang, di sini pada Sabtu.
Kes 1MDB Jasmine Loo masih di peringkat siasatan polis - Ayob Khan
Kes bekas peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan masih dalam siasatan polis, sebelum diserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Timbalan Ketua Polis Negara
Empat sekeluarga nyaris maut kereta terbakar
Sepasang suami isteri bersama dua anak mereka nyaris maut selepas kereta Perodua Alza baharu yang dinaiki mereka terbakar dalam kejadian di susur masuk di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, di sini hari