NATIONAL
Enam individu direman bantu siasatan kes lelaki maut terkena tembakan
Enam lelaki direman bermula esok bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang maut dipercayai terkena tembakan, semalam. - Foto Bernama
KUCHING: Enam lelaki direman bermula esok bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang maut dipercayai terkena tembakan, semalam.
Ringkasan AI
- Enam lelaki direman bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut dipercayai terkena tembakan, dengan reman empat hari untuk tiga suspek dan tujuh hari untuk tiga lagi suspek.
- Mangsa berusia 34 tahun ditembak semasa berada di dalam kereta di Jalan Stephen Yong, dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (kesalahan bunuh).
- Dua lelaki melaporkan kejadian kepada polis di Balai Polis Batu Kawa, memaklumkan mangsa berada di dalam kereta mereka sebelum dibawa ke balai.
Perintah reman terhadap kesemua suspek berumur 21 hingga 45 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Heng Yi Min selepas permohonan dibuat polis di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Peguam Russell Lim yang mewakili kesemua suspek memaklumkan reman empat hari dibenarkan kepada tiga suspek manakala tiga lagi direman tujuh hari.
Semalam, Ketua Polis Daerah Padawan Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata seorang lelaki berusia 34 tahun maut dipercayai terkena tembakan semasa berada di dalam sebuah kereta di Jalan Stephen Yong.
Beliau berkata kira-kira 5.30 pagi, dua lelaki telah hadir ke Balai Polis Batu Kawa di sini untuk memaklumkan seorang rakan mereka telah ditembak dan berada di dalam kereta yang dinaiki mereka serta kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA