Enam kawasan di Shah Alam alami gangguan bekalan air malam ini

Asyraf Roslan
Oktober 12, 2020 13:42 MYT
Dalam satu kenyataan, Air Selangor memaklumkan bekalan air telah mula ditutup bermula jam 9 malam tadi. -Gambar fail
SHAH ALAM: Penduduk di Seksyen 18, 19, 20, 24, 25 dan 26 Shah Alam mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual disebabkan kejadian paip pecah malam ini.
Dalam satu kenyataan, Air Selangor, berkata gangguan itu berpunca daripada kejadian yang berpunca daripada pihak ketiga di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24, Shah Alam.
"Bekalan air telah mula ditutup bermula jam 9 malam bagi kerja-kerja pembaikan dan dijangka siap pada jam 9 pagi, 13 Oktober (esok).
"Penduduk di kawasan terjejas akan mendapat bekalan air secara berperingkat berdasarkan jarak premis dan tekanan air apabila bekalan air disalurkan semula selepas selesai kerja-kerja pembaikan," kata kenyataan itu.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini melalui kemas kini dari semasa ke semasa di Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang http://airselangor.com.

SIARAN MEDIA: INSIDEN PAIP PECAH OLEH PIHAK KETIGA YANG PENYEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH KLANG/SHAH ALAM pic.twitter.com/zD14DmC59O

— Air Selangor (@air_selangor) October 12, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Air Selangor #paip pecah #bekalan air #shah alam #gangguan air