awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam kes pencerobohan direkodkan di Taman Negara Terengganu

Bernama
Bernama
16/10/2024
05:30 MYT
Enam kes pencerobohan direkodkan di Taman Negara Terengganu
Orang Asli suku Semaq Beri menggunakan rakit di sekitar Taman Negara Terengganu di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, yang menjadi destinasi pelancongan kerana keindahan flora dan faunanya. --fotoBERNAMA
KUALA BERANG: Sebanyak enam kes pencerobohan termasuk membabitkan warga asing direkodkan di Taman Negara Terengganu sejak enam tahun lepas.
Penguasa Taman Negara Terengganu Sharena Sapri berkata 13 individu termasuk warga Kemboja dan Vietnam ditangkap dan kes terbaharu melibatkan seorang warga Kemboja awal tahun ini.
Beliau berkata lelaki berusia 60 tahun yang dipercayai sudah sebulan beroperasi di taman negara itu telah didakwa dan dipenjara empat tahun di bawah Enakmen Taman Negara Terengganu 1939.
"Lapan tangkapan melibatkan warga asing manakala lima lagi orang tempatan.
"Berkemungkinan besar warga asing berkenaan masuk ke negara ini sebagai pelancong dan menceroboh taman negara untuk memburu hidupan liar selain mendapatkan kayu gaharu yang bernilai tinggi di pasaran," katanya ketika ditemui di Taman Negara Terengganu.
Sharena ditemu bual semasa menaiki rumah rakit tradisional Orang Asli Semaq Beri di Taman Negara Terengganu di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. --fotoBERNAMA
Sharena ditemu bual semasa menaiki rumah rakit tradisional Orang Asli Semaq Beri di Taman Negara Terengganu di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. --fotoBERNAMA
Sharena berkata pihaknya mengesyaki ada tali barut dalam kalangan orang tempatan yang membawa masuk penceroboh dan menjadi orang tengah dengan membekalkan makanan kepada warga asing itu.
"Kami akan menjalankan siasatan serta pemantauan lanjut untuk mengekang aktiviti yang merugikan negara ini," katanya.
Sekumpulan pekerja melakukan pemasangan 'floating breakwater' di pintu masuk Taman Negara Terengganu di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu bagi mengelakkan berlakunya pencerobohan oleh pihak tidak bertanggungjawab. --fotoBERNAMA
Sekumpulan pekerja melakukan pemasangan 'floating breakwater' di pintu masuk Taman Negara Terengganu di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu bagi mengelakkan berlakunya pencerobohan oleh pihak tidak bertanggungjawab. --fotoBERNAMA
Sehubungan itu, beliau memberikan amaran tegas dan mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan kegiatan tersebut yang boleh didenda RM1 juta dan penjara tidak lebih tujuh tahun atau dikenakan sebatan mengikut Enakmen Taman Negara Terengganu 1939.
Beliau berkata tugas penguatkuasaan dan pemantauan di Taman Negara Terengganu seluas 1,030.8 kilometer persegi dijalankan oleh 18 anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan bantuan 42 renjer komuniti.
Taman Negara Terengganu di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu yang menjadi destinasi pelancongan kerana keindahan flora dan faunanya. --fotoBERNAMA
Taman Negara Terengganu di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu yang menjadi destinasi pelancongan kerana keindahan flora dan faunanya. --fotoBERNAMA
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pencerobohan
#Taman Negara Terengganu
#Perhilitan
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan