KUALA TERENGGANU:Terengganu merekodkan enam kluster COVID-19 yang berpunca daripada ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja, kata Pengarah Kesihatan negeri Dr Nor Azimi Yunus.
Beliau berkata terbaru pada 16 Januari lepas, berlaku satu kluster COVID-19 di tempat kerja dan sehingga kini ia telah menular di empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Dungun dan Setiu.
"Kluster ini bukan terhad kepada rakan sepejabat tetapi sudah menular kepada keluarga pekerja dan kontak sosial yang lain yang jumlah keseluruhan kes positif dari kluster ini seramai 35 orang.
"Kluster COVID-19 sama ada di tempat kerja atau mana-mana pun masih boleh dicegah jika setiap orang amalkan kepatuhan SOP sepenuhnya.
"Jangan ambil mudah nasihat elak 3C dan amal 3W yang sering dipesan Kementerian Kesihatan. Hanya ini tindakan paling berkesan buat masa ini untuk putuskan rantaian jangkitan COVID-19," katanya dalam hantaran Facebooknya semalam.
Elakkan 3C iaitu jauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang dengan jarak yang dekat (close conversation) manakala amalan 3W - kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup muka di tempat awam (wear) dan peringatan KKM (warn) seperti elak bersalaman dan rawatan segera jika bergejala.
Nor Azimi berkata semua pihak perlu menilai semula tahap kepatuhan SOP di tempat kerja dan tidak lagi mengulangi kesilapan sama untuk mencegah penularan COVID-19 pada masa akan datang dengan mengawal tingkah laku masing-masing walaupun dalam keadaan pejabat yang sempit.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 21 2021

Kluster COVID-19 di tempat kerja dan sehingga kini ia telah menular di empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Dungun dan Setiu. - Gambar hiasan

AWANI Ringkas: Dadah: Lebih lima VVIP dalangi sindiket | Sindiket: PDRM digesa siasat penguat kuasa

Perkasa undang-undang, persepsi 'rasuah tidak salah' perlu ditukar - Penganalisis
Akta dan undang-undang yang ada di Malaysia ketika ini sudah cukup kuat namun persepsi salah terhadap rasuah menyukarkan keadaan.

Vaksin COVID-19: Dakwaan ada amalan 'potong barisan', kerajaan negeri Kelantan buat laporan polis
Laporan dibuat oleh pegawai khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Mohamed Taufik Ramli di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pagi tadi.

Tok Pa jawab 10 soalan berkaitan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia
Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia adalah dokumen komprehensif yang menggariskan usaha dalam mencapai aspirasi MyDIGITAL.

Tiada keperluan lagi untuk panggil sidang Parlimen - Takiyuddin
Persidangan Parlimen akan diputuskan oleh Jemaah Kabinet berdasarkan keadaan semasa sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong.

Aktivis ditahan atas dakwaan membakar potret Raja Thailand
Chaiamorn didakwa di bawah undang-undang lese majeste yang membawa hukuman sehingga 15 tahun penjara.
![[SIDANG MEDIA] Menteri Kesihatan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [SIDANG MEDIA] Menteri Kesihatan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893459/15793218591614752873088_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Menteri Kesihatan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Ikuti sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. #HapusCOVID19 #MyVaksinCOVID19

Langgar Lari | Polis buru pemandu 4X4 selepas mangsa maut
Polis memburu pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai melanggar lari seorang pekerja pembinaan di Sungai Petani malam tadi. Mangsa, M Nagelan, maut di tempat kejadian selepas cedera parah akibat dirempuh kenderaan itu dari belakang.

Vaksin COVID-19 | Pegawai, anggota bomba di Melaka terima suntikan
Seramai 534 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Rabu.

Lompat Parti | Lima ADUN lompat parti disifatkan khianat
Tindakan lima ADUN Amanah yang keluar parti dan menyetakan hasrat untuk menyertai PKR, baru-baru ini disifatkan sebagai perbuatan khianat.

Kebenaran rentas daerah legakan usahawan, penggiat pelancongan di Terengganu
Beri ruang kepada pemain industri pelancongan dan usahawan mempelbagaikan aktiviti serta meraih pendapatan.

Cuaca panas: Bomba Terengganu kenal pasti 20 kawasan risiko kebakaran
Kebakaran-kebakaran kecil telah dimulakan, terutamanya oleh para peladang dan petani yang memulakan pembakaran jerami padi secara kecil-kecilan.

Aktiviti pengajian agama, majlis akad nikah di masjid, surau dibenarkan di Terengganu
Semua aktiviti pengajian dan kelas agama di masjid dan surau seluruh Terengganu adalah dibenarkan.

Liga Hoki Malaysia: Tiga pemain THT perlu kemuka surat pengesahan bebas COVID-19
Ketiga-tiga pemain terbabit adalah Faisal Saari; Abd Khalid Hamirin (penyerang) serta Shello Silverius (pemain tengah).

Kedah, Terengganu FC akan bertandang ke Singapura dalam saingan Piala AFC
Singapura disahkan selaku tuan rumah bagi Kumpulan H yang terdiri daripada Kedah Darul Aman FC, Lion City Sailors (Singapura), Saigon FC (Vietnam) dan pemenang perlawanan play-off 2 Zon ASEAN.

Bunuh anak sendiri, sepasang suami isteri ke tali gantung
Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 35 akta sama.

Hampir setahun perintah, kerajaan PN lakukan terbaik demi rakyat - MB Terengganu
Selama hampir setahun memegang tampuk pemerintahan negara, kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Ahmad Samsuri individu pertama terima suntikan vaksin COVID-19 di Terengganu
Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini menjadi individu pertama di Terengganu menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech.

LHM: Tiga kes positif COVID-19 gugat persiapan THT
Keputusan ujian calitan itu merupakan satu tamparan hebat terhadap usaha KHM membentuk gelembung sukan menjelang aksi pembuka tirai di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, 11 Mac ini.

Pas nafi agihan kerusi temui jalan buntu - Ahmad Samsuri
PAS hari ini menolak dakwaan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) antara parti di bawah gabungan Muafakat Nasional (MN) di Terengganu, menemui jalan buntu.