awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
K’jaan Persekutuan, negeri perlu laksanakan rumusan MKI - Sultan Nazrin
Kuatkan integriti, bukan gilakan jawatan dan mabuk kuasa - Sultan Nazrin
Pemandu treler didakwa pandu melulu hingga sebabkan kematian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam lagi syarikat penerbangan laksana Pas Perjalanan IATA

Bernama
Bernama
06/10/2021
04:51 MYT
Enam lagi syarikat penerbangan laksana Pas Perjalanan IATA
Pada masa ini, sijil vaksin dari 52 negara, yang mewakili sumber 56 peratus perjalanan udara global, dapat diuruskan menggunakan aplikasi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengumumkan Etihad Airways, Jazeera Airways, Jetstar, Qantas, Qatar Airways dan Royal Jordanian akan melaksanakan aplikasi Pas Perjalanan IATA dalam pelancaran secara berfasa melibatkan keseluruhan rangkaian syarikat penerbangan.
Dalam satu kenyataan, IATA berkata enam syarikat penerbangan berkenaan menyertai Emirates Airline sebagai pelopor pelaksanaan aplikasi mudah alih ini yang dapat menerima dan mengesahkan pelbagai hasil ujian COVID-19 dan sijil vaksin digital.
Ketua Pengarah IATA Willie Walsh menjelaskan, pas perjalanan itu kini memasuki fasa operasi setelah menjalani ujian selama berbulan-bulan.
"Aplikasi ini telah terbukti sebagai alat yang berkesan untuk menguruskan masalah kesihatan perjalanan yang kompleks yang diperlukan oleh kerajaan.
Pada masa ini, sijil vaksin dari 52 negara, yang mewakili sumber 56 peratus perjalanan udara global, dapat diuruskan menggunakan aplikasi.
IATA berkata ini akan meningkat kepada 74 negara, mewakili 85 peratus laluan global menjelang akhir November.
"Pas Perjalanan IATA, penyelesaian digital untuk menguruskan dokumen kelayakan kesihatan perjalanan COVID-19, dijangka dapat memainkan peranan penting dalam pemulihan industri penerbangan daripada kesan COVID-19," tambahnya.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pas perjalanan
#IATA
#COVID-19
#vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan