Enam langkah jangka pendek telah diputuskan untuk pelaksanaan bagi menangani kesesakan teruk di pintu masuk negara khususnya di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.
Langkah-langkah itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Kajian Cadangan Penubuhan Badan Tunggal Menjaga Sempadan Negara dan Pintu-Pintu Masuk Termasuk Pelabuhan-Pelabuhan pada Rabu yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang antara agenda utamanya adalah memudahcara perdagangan.
Menurut kenyataan daripada Pejabat Timbalan Perdana Menteri, mesyuarat berkenaan mengambil maklum berkaitan isu kesesakan dan cabaran pengurusan di CIQ BSI dan CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) (CIQ Second link) serta bersetuju supaya prasarana dan sistem dipertingkatkan keberkesanannya bagi memastikan isu kesesakan di kedua-dua pintu masuk itu dapat diatasi.
Kenyataan itu menyebut pelaksanaan langkah pendek bagi menangani senario kesesakan adalah pembukaan semula kaunter Malaysia Automated Clearance System di KSAB pada 19 Jun; perolehan tender bagi MACS bernilai RM9 juta dijangka selesai pada akhir Dis ini; memobilisasi pegawai bertugas di kaunter tidak sesak ke kaunter yang lebih sesak.
Turut diputuskan adalah pembukaan laluan kontra di laluan ketibaan kereta; mewajibkan kerja lebih masa semasa pertukaran syif (7 pagi - 8 pagi); dan pembukaan penuh kaunter motosikal Mbike, kata kenyataan itu.
Di samping itu, mesyuarat berkenaan juga memutuskan langkah jangka panjang iaitu penambahan bilangan kaunter MBike bagi motosikal keluar dari Malaysia; pengecualian biometrik bagi pelawat yang keluar; pengisian perjawatan Jabatan Imigresen Malaysia pada kadar 99 peratus; kerjasama bilateral Malaysia-Singapura bagi "single clearance".
Turut diputuskan adalah bagi memperluas penggunaan auto-gate kepada semua pelawat asing; penambahan mesin pengimbas Kastam; penambahan bilangan kaunter lori di KSAB menjadikan jumlah yang setara dengan Tuas; penggunaan kaunter hybrid; dan pembangunan immigration integrated system (IIS) dengan ciri-ciri automasi.
"Mesyuarat itu secara dasarnya bersetuju agar kajian cadangan penubuhan badan tunggal menjaga sempadan negara dan pintu-pintu masuk termasuk pelabuhan-pelabuhan dilaksanakan memandangkan ia adalah relevan dengan situasi masa kini serta kajian perlu mengambil kira kesemua keperluan seperti kewangan, sumber manusia, logistik dan akta-akta yang berkaitan," kata kenyataan itu.
Pelaksanaan kajian berkenaan dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang juga bertindak sebagai urus setia selain turut menyebut skop kajian meliputi tiga domain iaitu darat, udara dan laut dan fokus kajian pada peringkat ini adalah domain darat. Kajian akan berakhir pada pertengahan tahun depan, kata kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan hasil dapatan awal terdapat tiga cadangan opsyen badan tunggal yang boleh dilaksanakan iaitu Selaras dan Integrasi (konsep reformatif), Baharu (konsep transformatif); dan Gabungan (konsep transformatif).
"Badan tunggal yang dicadangkan akan memudahcara perdagangan dan pada masa sama meningkatkan penguatkuasaan, kawalan keselamatan dan koordinasi antara agensi," katanya.
Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet itu adalah susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 16 Nov tahun lalu yang menyatakan bahawa senario kesesakan teruk di pintu-pintu masuk negara khususnya di CIQ BSI masih berlarutan walaupun langkah-langkah tertentu telah diambil untuk menangani isu itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2019
Enam langkah jangka pendek telah diputuskan untuk pelaksanaan bagi menangani kesesakan teruk di pintu masuk negara. - Gambar fail
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Dua polis BSI ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Peras ugut: Reman dua anggota polis BSI disambung hingga esok
Tempoh reman dua anggota polis dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) disambung sehari lagi.
Dua polis dipercayai peras ugut lelaki di BSI ditahan
Dua anggota polis dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) membabitkan nilai RM2,000 ditahan.
Imigresen Johor cari pendekatan, formula tambah baik sistem CIQ BSI dan KSAB
Tindakan itu selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang dizahirkan baginda menerusi satu perbincangan pada Selasa.
KPISM sanjung keprihatinan MB Johor
KPISM sentiasa berhubung rapat dengan pegawai yang bertugas di pintu masuk utama negara terutamanya BSI yang juga merupakan antara pintu masuk tersibuk di dunia.
Dua anggota trafik disiasat lakukan pemerasan - Polis Johor
Polis Johor menjalankan siasatan berhubung video tular tindakan anggota polis trafik didakwa melakukan pemerasan terhadap warga Singapura di Bangunan Sultan Iskandar.
CIQ BSI alami gangguan bekalan elektrik selama satu jam
Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), mengalami gangguan bekalan tenaga elektrik selama sejam, petang tadi.
BSI tutup beberapa kaunter zon bas, laluan automatik mula esok
CIQ BSI akan menutup beberapa kaunter zon bas dan laluan automatik (sistem e-gate) bermula Jumaat selama sebulan untuk memberi laluan kerja-kerja menaik taraf.
Polis tambah kekuatan anggota di CIQ untuk memudahkan pengundi pulang
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata bagaimanapun jumlah anggota yang terlibat belum ditentukan.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di BSI
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di kawasan Bangunan Sultan Iskandar, 22 Mei lepas.