awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
Perolehan projek tentera : Beberapa syarikat terpilih 'dominasi' projek bernilai tinggi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam lelaki ditahan disyaki rogol pelajar

Sinar Harian
Sinar Harian
22/07/2022
21:00 MYT
Enam lelaki ditahan disyaki rogol pelajar
Polis menahan enam lelaki termasuk remaja selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan dalam kejadian Isnin lepas. -Gambar hiasan
IPOH: Polis menahan enam lelaki termasuk remaja selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan dalam kejadian, di sini, Isnin lepas.
Kesemua mereka berusia lingkungan 16 hingga 21 tahun itu ditahan sekitar Ipoh pada Rabu selepas ibu mangsa membuat laporan polis.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan laporan dibuat itu, mangsa berusia 16 tahun dijumpai dalam keadaan terbaring dan khayal di sebuah rumah di Panorama Lapangan Terbang.
Beliau berkata, gadis itu kemudian dihantar ke hospital untuk pemeriksaan sebelum mendapati mangsa telah dirogol.
"Hasil siasatan awal dijalankan, didapati mangsa ada berkenalan dengan seorang daripada suspek. Hasil perkenalan itu, dia telah dibawa ke sebuah hotel di Pekan Baru.
"Mangsa kemudian dipercayai telah ditinggalkan di sebuah rumah flat sebelum dijumpai ibunya dalam keadaan separuh sedar," katanya kepada pemberita, pada Jumaat.
Beliau berkata, semua suspek direman empat hari sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mior Faridalathrash Wahid
#rogol pelajar
#Panorama Lapangan Terbang
#hotel di Pekan Baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan