awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
Tentera Israel dakwa bunuh anggota pasukan Quds Iran di Lubnan
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam lelaki ditahan seludup empat enjin dari negara jiran

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
12/05/2019
22:35 MYT
Enam lelaki ditahan seludup empat enjin dari negara jiran
Kesemua enam lelaki tersebut ditahan bersama empat unit enjin baharu beserta bot dan dibawa ke pangkalan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut. - Astro AWANI
Enam lelaki ditahan atas cubaan menyeludup empat enjin pelbagai jenama dari Indonesia.
Hasil maklumat Unit Risikan Marin (URM) semasa boat ronda PAR3 Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna sedang menjalankan Op Pensura telah berjaya menahan sebuah bot jenis tempel berwarna putih dan kelabu yang mencurigakan di kawasan Laut Kampung Sum Sum, Semporna pada jam 3 pagi Ahad.
Bot itu dijuragani oleh seorang lelaki Palauh dan dibantu dengan lima orang anak perahu yang masing-masing berumur antara 40 dan 62 tahun.
Komander pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Mohamad Pajeri Ali berkata, pemeriksaan awal ke atas bot itu mendapati terdapat empat buah enjin pelbagai jenama yang dibawa dari Tarakan, Indonesia dan hendak dibawa masuk ke Semporna, Sabah tanpa sebarang dokumen yang sah.
Siasatan awal mendapati dua anak perahu yang juga lelaki palauh mengaku membeli enjin tersebut dari tarakan indonesia dengan nilai kesemua empat enjin RM5,370 dan cuba membawanya masuk ke Sabah tanpa duti atau berkastam.
Kesemua enam lelaki tersebut ditahan bersama empat unit enjin baharu beserta bot dan dibawa ke pangkalan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut.
Nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM27,010 dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 iaitu cuba mengangkut apa-apa barang tanpa duti atau tidak berkastam.
Jika sabit kesalahan, akan dikenakan denda tidak lebih 10 kali ganda jumlah duti kastam atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Topic Berkaitan
#Laut Kampung Sum Sum
#Op Pensura
#Pasukan Polis Marin
#Polis Marin Wilayah 4 Sabah
#PPM Semporna
#seludup enjin
#Semporna
#Unit Risikan Marin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan