awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Enam lelaki termasuk pemerhati politik ditahan terlibat pergaduhan'

Astro Awani
Astro Awani
11/12/2023
02:10 MYT
'Enam lelaki termasuk pemerhati politik ditahan terlibat pergaduhan'
Menurut sumber, pengadu dan seorang rakannya mengalami kecederaan di bahagian pipi kiri, lutut kanan dan bengkak serta lebam di tangan kiri. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seramai enam lelaki termasuk seorang pegawai penyelidik yang juga pemerhati politik ditahan selepas disyaki terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran di Taman Midah, Cheras, pada Ahad.
Menurut sumber, ketika kejadian, pengadu dikatakan sedang makan di restoran berkenaan bersama dua rakan lain pada jam 4 pagi.
Secara tiba-tiba, datang enam lelaki yang dipercayai terus membaling kerusi yang telah disusun ke arah pengadu dan rakan-rakannya.
"Kerusi tersebut mengenai pengadu dan pemerhati politik itu kemudian terus datang menghampirinya dan memukul di kepalanya.
"Pengadu cuba mempertahankan diri dengan menepis pukulan itu. Setelah kejadian, kumpulan lelaki terbabit terus beredar," katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Mengulas lanjut, sumber itu berkata, pengadu dan seorang rakannya mengalami kecederaan di bahagian pipi kiri, lutut kanan dan bengkak serta lebam di tangan kiri.
"Pengadu mendakwa, dia dan rakan-rakannya tidak pernah bertemu atau mempunyai masalah dengan kumpulan lelaki terbabit dan mengesyaki kemungkinan mereka tersalah orang," ujarnya.
Sehubungan itu, sumber itu berkata, sekumpulan lelaki terbabit telah ditahan polis pada jam 9 malam tadi.
"Hasil siasatan awal mendapati, punca pergaduhan tersebut disebabkan provokasi politik yang melampau sehingga menyentuh soal peribadi," tambah sumber itu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#pergaduhan
#pemerhati politik
#restoran di Taman Midah
#provokasi politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan