awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam lelaki tipu turap jalan diberkas

Sinar Harian
Sinar Harian
15/07/2023
00:30 MYT
Enam lelaki tipu turap jalan diberkas
Enam lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dengan penipuan khidmat penurapan jalan di sekitar daerah ini. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Azam)
AMPANG: Enam lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dengan penipuan khidmat penurapan jalan di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek berusia 20 hingga 44 tahun itu mendakwa mereka adalah pekerja yang dilantik pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Suspek menawarkan perkhidmatan penurapan jalan di hadapan rumah dengan harga RM500," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mohd Azam berkata, pihaknya menerima satu laporan dari mangsa pada Khamis yang mendakwa ditipu kumpulan berkenaan.
"Mangsa yang percaya dengan tawaran suspek itu kemudian membayar wang pendahuluan sebanyak RM200.
"Bagaimanapun, tiada sebarang penurapan jalan dilakukan kumpulan lelaki terbabit selepas bayaran dilakukan," katanya.
Beliau berkata, susulan laporan dibuat, sepasukan polis membuat serbuan dan berjaya menahan enam lelaki itu pada jam 4.30 petang Jumaat.
"Kesemua suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Kita percaya sudah ramai yang menjadi mangsa dan terpedaya dengan modus operandi suspek, mangsa boleh tampil untuk membuat laporan polis atau menghubungi pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Ampang Jaya di talian 03-42952222," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#turap jalan
#pbt
#Mohd Azam Ismail
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan