Skip to main content

Malaysia

Enam negeri di Semenanjung diramal jerebu kepekatan tinggi hingga 31 Ogos - MetMalaysia

PUTRAJAYA, 25 Ogos -- Pemandangan di sekitar Putrajaya kabur berikutan jarak penglihatan terjejas akibat jerebu yang melanda hari ini.  Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Putrajaya berada pada 155 setakat 1 petang tadi, iaitu pada tahap tidak sihat._BERNAMA
Analisis terhadap model ramalan cuaca yang dipantau oleh Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan beberapa kawasan di Malaysia kekal berisiko mengalami cuaca berjerebu dengan jarak penglihatan terhad dari 27 hingga 31 Ogos -Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Enam negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, selain Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya berisiko mengalami kepekatan jerebu yang tinggi sehingga 31 Ogos ini.

Selain itu, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata Sabah dijangka menerima keadaan cuaca berjerebu mulai 29 Ogos.

Jelas MetMalaysia, keadaan tersebut susulan pengaruh angin barat daya serta jumlah titik panas yang masih tinggi di selatan Sumatera dan barat Kalimantan.

“Analisis terhadap model ramalan cuaca yang dipantau oleh Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan beberapa kawasan di Malaysia kekal berisiko mengalami cuaca berjerebu dengan jarak penglihatan terhad dari 27 hingga 31 Ogos,” menurut kenyataan METMalaysia, pada Khamis.

Tambah METMalaysia, Sarawak berpotensi menjadi negeri paling terkesan dengan kebanyakan daerah dijangka mengalami cuaca berjerebu pada tahap tidak sihat.

Malah, beberapa daerah di Sarawak berpotensi mencapai tahap sangat tidak sihat pada 30 dan 31 Ogos.

MetMalaysia memaklumkan pihaknya sedang memantau keadaan berkenaan secara berterusan dan akan mengemas kini ramalan berdasarkan perubahan cuaca serta keadaan atmosfera terkini.

Must Watch Video

Advertisement