Enam negeri telah menyelesaikan isu penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di negeri masing-masing, yang melibatkan situasi menang-menang antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tanpa mengabaikan keperluan rakyat.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata negeri-negeri yang terlibat dengan penstrukturan itu adalah Pulau Pinang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
Katanya Perlis juga sudah selesai proses penstrukturan itu dan hanya belum menyelesaikan isu pengkorporatan pengendali perkhidmatan bekalan air itu.
"Kita akan selesaikan dengan negeri-negeri lain. Kita dah pergi ke Kelantan, dan di sana sudah memasuki peringkat perjanjian dengan Jabatan Peguam Negara untuk dikaji. Di Terengganu dan Kedah telah memasuki fasa rundingan.
"Akhir sekali kita akan ke Pahang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat penstrukturan semula bekalan air negeri Kedah di sini hari ini.
Beliau berkata petang ini beliau akan berjumpa dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bagi membincangkan mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Kedah.
"Proses penstrukturan itu melibatkan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan yang diambil untuk bekalan air. Seperti di Kedah (pinjaman) melibatkan kawasan luar bandar, menaik taraf bekalan air di Kulim Hi-Tech Park dan Empangan Ahning. Ia dibuat mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) (Akta 655)," katanya.
Katanya dalam melaksanakan penstrukturan semula bekalan air itu, kerajaan persekutuan menerusi agensi, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan mengambil alih hutang kerajaan negeri dalam soal bekalan air.
"Negeri kira semua hutang air dan kira semua aset. Hutang negeri kemudian akan diambil oleh PAAB. Berapa hutang negeri akan diambil alih PAAB. Sebagai contoh hutang Sada (Syarikat Air Darul Aman) adalah RM1 bilion, kemudian aset Sada sebanyak RM1 bilion akan diserahkan kepada PAAB sebagai kontra. Pada masa yang sama kita akan beri semula kepada Sada selama 40 tahun, ada sewaan tahunan," katanya.
Mahdzir berkata hutang yang melibatkan bekalan air oleh kerajaan negeri Kedah kepada kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.9 bilion yang dilakukan sejak 1990.
"Untuk pengiraan hutang akan dikira oleh Kementerian Kewangan. Ada beberapa perkara seperti Kulim Hi-Tech Park mungkin boleh dihapuskan kerana kepentingannya bukan hanya melibatkan Kedah tetapi juga negeri-negeri di utara," katanya.
Katanya di Kedah, keseluruhannya bekalan air pada tahap yang baik dan seimbang tetapi ada beberapa kawasan di daerah Padang Terap, Pokok Sena dan Kuala Muda yang mempunyai masalah tekanan air.
"Terdapat kawasan-kawasan yang mempunyai tekanan air, air perlahan. Secara keseluruhan di Kedah 80 peratus adalah pengguna domestik manakala 20 peratus adalah industri dan komersial," katanya.
Mahdzir berkata industri perkhidmatan bekalan air di Kedah mempunyai kawasan-kawasan yang sensitif seperti Kulim Hi-Tech Park dan Langkawi.
"Kawasan ini perlu dijaga. Kulim Hi-Tech Park melibatkan pelaburan langsung asing manakala di Langkawi pelabur datang untuk pelaburan pelancongan. Kita kena tengok cara terbaik selesaikan masalah itu," katanya.
Mengenai Selangor pula, Mahdzir berkata Perjanjian Dasar Induk berhubung penstrukturan semula industri bekalan air di negeri itu antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan melibatkan dua perkara iaitu pembelian syarikat konsesi air oleh kerajaan negeri dan pembinaan loji rawatan air Langat 2.
"Bagi Langat 2, kemajuan sedang berjalan. Untuk proses pengambilalihan konsesi air pula, rundingan adalah secara terus antara kerajaan Selangor dengan syarikat konsesi," katanya.
Bernama
Sun Nov 02 2014
MAHDZIR: Negeri terlibat dengan penstrukturan itu adalah Pulau Pinang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu.
Niaga AWANI: Jiwa SME: Permintaan daun moringa meningkat, jadi tumpuan luar negara
Berdasarkan laporan Vodus Market Research, sebuah firma penyelidikan dan analisis data pasaran dalam talian, kira-kira 71 peratus penduduk di negara ini mengambil suplemen pada 2021.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Niaga AWANI: FBM KLCI mencapai paras tertinggi walaupun ditengah cabaran Ringgit
Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat sebanyak 8.28% walaupun nilai matawang menurun sebanyak 3.79% berbanding dollar Amerika Syarikat (AS). Adakah trend ini akan berterusan sehingga bulan Mei akan datang? Kupasan lanjut bersama Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
Niaga AWANI: Ringgit dijangka sekitar 4.77 berbanding dolar AS minggu ini
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ini bagaimanapun bergantung kepada reaksi pasaran bon global memandangkan ramai peniaga memberi tumpuan terhadap pelarasan oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).
Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Mustapa dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.
Niaga AWANI: Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu ini
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata beliau meramalkan paras sokongan segera pada 1,555, diikuti dengan 1,545.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek