awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam pelajar Malaysia cipta rekod pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa

Astro Awani
Astro Awani
20/07/2024
14:04 MYT
Enam pelajar Malaysia cipta rekod pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa
Enam pelajar mencipta rekod apabila pertama kalinya kesemua peserta dari Malaysia memenangi pingat dalam Pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa Dunia yang berlangsung di United Kingdom (UK). - Foto Olimpiad Matematik Malaysia
KUALA LUMPUR: Enam pelajar mencipta rekod apabila pertama kalinya kesemua peserta dari Malaysia memenangi pingat dalam Pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa Dunia yang berlangsung di United Kingdom (UK).
Perkara itu dimaklumkan Olimpiad Matematik Malaysia menerusi perkongsian di Facebook pada Sabtu.
Ivan Chan Guan Yu dan Wong Jer Ren merangkul pingat perak sementara Daryl Lee Ker Ru, Leia Mayssa Masyerin, Tan Min Heng dan Loh Kwong Weng memenangi pingat gangsa pada pertandingan itu.
"Tahniah kepada kesemua pemenang. Ini merupakan kali pertama kesemua peserta dalam pasukan memenangi pingat dan menyelesaikan P1 dan P4," ujarnya.
Dalam perkongsian sama, Olimpiad Matematik Malaysia turut memaklumkan Malaysia menduduki tempat kedua dan juga sebaris dengan Vietnam dalam kalangan negara-negara ASEAN, mendepani kedudukan Singapura.
Dengan kejayaan itu, katanya, Malaysia meraih kedudukan ke-33 daripada 117 negara yang mengambil bahagian.
Menurutnya, majlis penyampaian pingat akan berlangsung pada majlis penutupan The Forum, Bath UK pukul 4 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) pada Ahad.
Topic Berkaitan
#Olimpiad Matematik Antarabangsa
#pelajar
#pertandingan
#cipta rekod
#wakil negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan