Enam penempatan Orang Asli di Kelantan dikategori "hot spot" bencana

GAMBAR FAIL: Penduduk Orang Asli suku kaum Bateq dan Mendriq terpaksa menggunakan perahu dan rakit buluh sebagai pengangkutan menyeberangi laluan yang ditenggelami air di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir. - BERNAMA
GUA MUSANG: Enam penempatan Orang Asli dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi berdepan bencana susulan hujan berterusan akibat Monsun Timur Laut yang melanda ketika ini.
Ringkasan AI
- Enam penempatan Orang Asli di Kelantan dan Terengganu dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi berdepan bencana susulan hujan berterusan akibat Monsun Timur Laut.
- Kestabilan tanah terjejas akibat taburan hujan melebihi paras biasa, meningkatkan risiko tanah runtuh serta jalan perhubungan terputus di kawasan tersebut.
- JAKOA mengambil langkah dengan menyediakan bantuan makanan dan keperluan asas kepada penduduk Orang Asli yang terjejas, sambil menasihati mereka untuk bergerak secara berkumpulan ketika menjalankan aktiviti di kawasan hutan.
"Cuaca hujan berterusan sering mengakibatkan kejadian tanah runtuh, jalan perhubungan terputus akibat limpahan air sungai serta kerosakan struktur jalan.
"Situasi ini memberi kesan langsung terhadap aktiviti harian dan pergerakan penduduk Orang Asli di kawasan terlibat," katanya di sini hari ini.
Sehubungan itu, Mohd Faedzyal berkata pihaknya sentiasa berhubung dan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan kebajikan masyarakat Orang Asli, khususnya di kawasan pedalaman, terus terpelihara.
Beliau berkata JAKOA turut menyalurkan bantuan makanan serta keperluan asas kepada penduduk yang terjejas bagi meringankan beban mereka sepanjang tempoh bencana.
Pada masa sama, beliau menasihatkan masyarakat Orang Asli supaya sentiasa berwaspada dan bergerak secara berkumpulan sekiranya perlu menjalankan sebarang aktiviti di kawasan hutan.
Semalam, Bernama melaporkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya yang dijangka menyebabkan banjir di beberapa jajahan di Kelantan bermula semalam hingga 30 Dis ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


