Enam penerbangan pagi di LTSAS batal akibat jerebu

Bernama
September 22, 2019 09:20 MYT
Orang awam menggunakan payung bagi mengelak hujan yang turun sejak awal pagi di sekitar Ipoh pada 20 Sept lalu. Terkini, setakat pukul 7 pagi ini, jarak penglihatan di bandar raya itu adalah 2,000 meter. --fotoBERNAMA/Fail
Enam daripada 14 penerbangan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini terpaksa dibatalkan pada pagi ini disebabkan jerebu.
Pengurus LTSAS, Mohd Ali Osman berkata penerbangan yang dibatalkan melibatkan laluan Johor Bahru-Ipoh-Singapura dan Singapura-Ipoh-Johor Bahru dari syarikat penerbangan AirAsia serta laluan Singapura-Ipoh-Singapura dari syarikat penerbangan tambang murah Singapura, FlyScoot.
"Jarak penglihatan adalah 2,000 meter setakat pukul 7 pagi ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, 747 penumpang terjejas akibat pembatalan penerbangan pada hari ini.
BACA: Dua penerbangan petang Sabtu di LTSAS batal akibat jerebu
Pemeriksaan dalam portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara di semua lima stesen di Perak adalah pada tahap tidak sihat setakat pukul 8 pagi.
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
Untuk berita terkini berkaitan jerebu boleh layari www.bernama.com.
-- BERNAMA
#AirAsia #APIMS #FlyScoot #Ipoh #IPU #jerebu #Johor Bahru #Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah #LTSAS #Malaysia #pembatalan penerbangan #penerbangan #Singapura #tidak sihat