awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam penjawat awam antara 10 individu ditahan SPRM Terengganu tahun ini

Bernama
Bernama
28/04/2019
21:00 MYT
Enam penjawat awam antara 10 individu ditahan SPRM Terengganu tahun ini
SPRM turut menangkap seorang ahli politik, dua kakitangan swasta dan seorang individu awam sepanjang tempoh tersebut.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu telah menahan 10 individu termasuk enam penjawat awam dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Zaki Hassan berkata enam penjawat awam itu ditangkap kerana disyaki menerima suapan dan salah guna kuasa.
"Pemantauan terhadap agensi kerajaan ini akan terus dilaksanakan, tapi secara umumnya elemen rasuah di pejabat kerajaan di Terengganu sama ada negeri atau persekutuan masih dalam keadaan terkawal," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat khas bersama pentadbiran kerajaan negeri yang turut dihadiri Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di sini pada Ahad.
Selain enam penjawat awam, SPRM turut menangkap seorang ahli politik, dua kakitangan swasta dan seorang individu awam sepanjang tempoh tersebut.
Katanya, SPRM tidak mempunyai fokus pemantauan rasuah di jabatan tertentu ketika ini, tetapi bagi pejabat kerajaan tumpuan diberikan kepada perkara berkaitan perolehan.
Dalam taklimat selama sejam kepada wakil rakyat dan pegawai serta penyelaras di pejabat Dewan Undangan Negeri itu, beliau memberi penerangan terperinci mengenai kesalahan yang berisiko dilakukan mengikut akta SPRM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#menerima suapan
#Mohd Zaki Hassan
#penjawat awam
#salah guna kuasa
#SPRM Terengganu
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan