Enam PPS ditutup mangsa banjir di Pasir Mas terus menurun

Bernama
Disember 22, 2023 12:52 MYT
Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas menurun dengan hanya 1,314 mangsa daripada 405 keluarga masih berada di pusat pemindahan banjir (PPS) setakat 8 malam ini. - Gambar fail/Astro AWANI
KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas menurun dengan hanya 1,314 mangsa daripada 405 keluarga masih berada di pusat pemindahan banjir (PPS) setakat 8 malam ini.
Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan jumlah itu berkurangan berbanding 2,149 orang daripada 665 keluarga yang direkodkan pagi tadi.
Kini hanya tiga PPS yang masih dibuka daripada sembilan pagi tadi.
Sebanyak 184 mangsa daripada 77 keluarga berlindung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, Sekolah Gual To'Deh (694 mangsa daripada 222 keluarga) dan SK Gual Periok (436 mangsa daripada 106 keluarga).
-- BERNAMA
#mangsa banjir #Pusat Pemindahan Sementara #Pasir Mas #banjir kelantan