awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam rumah dibadai ribut waktu berbuka puasa

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
26/03/2024
23:37 MYT
Enam rumah dibadai ribut waktu berbuka puasa
Anggota Angkatan Pertahanan Awam melakukan pemantauan di lokasi kejadian ribut di tiga kampung di Daerah Bandar Baharu semalam, yang mengakibatkan kerosakan membabitkan enam buah rumah. - Foto APM
BANDAR BAHARU: Enam buah rumah membabitkan tiga kampung di daerah ini mengalami kerosakan dalam kejadian ribut yang melanda petang semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, tiga rumah yang terjejas terletak di Kampung Paya Salak, di Mukim Serdang, manakala dua di Kampung Kilang Batu dan satu di Kampung Tengah, di Mukim Relau.
Menurutnya, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian ribut pada jam 7.30 malam ketika waktu berbuka puasa bagi umat Islam.
"Kejadian ribut itu berlaku pada jam 6 petang. Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bandar Baharu bergegas ke lokasi untuk melakukan pemantauan di kawasan terbabit.
"Kebanyakan rumah terbabit mengalami kerosakan pada bahagian bumbung. Kit bantuan makanan turut diberikan kepada semua mangsa yang terlibat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Abdul Rahim berkata, pemantauan oleh pihak APM terus dilakukan di kawasan yang terjejas.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Topic Berkaitan
#ribut
#bumbung rumah rosak
#Bandar Baharu
#APM Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan