GUA MUSANG: Enam sekeluarga nyaris rentung dan tinggal sehelai sepinggang selepas rumah pusaka yang didiami mereka di Kampung Lembaga, di sini musnah terbakar awal pagi tadi.
Ibu tunggal, Zainab Yunus, 59, berkata dia baru 20 minit tidur apabila tiba-tiba dikejutkan jiran supaya keluar dari rumah ketika kejadian berlaku pada 4 pagi.
"Saya segera bangkit daripada tidur sebelum mengejutkan dua anak bersama tiga cucu untuk menyelamatkan diri. Api marak sangat pantas, dalam 15 minit kebakaran merebak ke seluruh bahagian rumah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Zainab berkata dia tidak sempat menyelamatkan barang penting serta dokumen peribadi kerana kejadian berlaku sangat pantas.
"Kejadian turut memusnahkan sebuah van, sebuah kereta dan lima motosikal. Buat sementara waktu, kami akan menumpang di rumah saudara terdekat sebelum memikirkan pembinaan semula rumah menggantikan yang terbakar itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Arifuddin Akif Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan kejadian kebakaran itu pada 4.06 pagi.
"Sembilan anggota bersama tiga jentera bergegas ke lokasi dan ketika sampai, api masih marak membakar rumah mangsa. Anggota bomba mengambil masa 20 minit untuk mengawal api daripada merebak ke rumah berhampiran, operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 7 pagi," katanya dan menambah punca kebakaran masih disiasat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 05 2021

Zainab berkata dia tidak sempat menyelamatkan barang penting serta dokumen peribadi kerana kejadian berlaku sangat pantas. - Gambar hiasan

UMNO bincang isu pemilihan parti dalam mesyuarat MT Ramadan nanti - Ahmad Maslan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan mesyuarat MKT dijadualkan pada Ramadan nanti.

Pemergian Putera Phillip bakal 'satukan' semula William dan Harry
William dan Harry akan berjalan beriringan sewaktu Perarakan Diraja, mengiringi jasad Duke of Edinburgh di Istana Windsor, pada 17 April ini

Audio tular | Azmin yakin sahih, pengkhianatan terbesar Anwar
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin audio tular yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah sahih. Beliau pada masa sama menyifatkan tindakan Anwar itu merupakan satu pengkhianatan terbesar kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) secara umumnya.

Sidang media khas tangkapan kartel daging
Ikuti secara langsung sidang media khas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed.

Audio tular: Azmin yakin sahih, pengkhianatan terbesar Anwar
Azmin sifatkan tindakan Anwar itu merupakan satu pengkhianatan terbesar kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) secara umumnya.

Bukan daging sahaja, kayu pun cuba diimport secara tidak sah ke negara ini
Tiga kontena yang membawa masuk 83.966 meter kubik (MTQ) muatan kayu itu ditahan dalam pemeriksaan rutin di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth, jam 5.32 petang Sabtu.

Mayat lelaki rentung ditemui dalam ladang kelapa sawit
Mayat itu ditemui dalam keadaan terlentang dan masih memakai kasut jam 7.28 malam Sabtu oleh orang awam yang melalui kawasan terbabit.

Jenayah | Bukan jatuh, rupanya ditolak suami dari tingkat 18
Wanita yang disangka terjatuh dari tingkat 18 Kondominium Bukit Awana Jalan Bukit Kukus, George Town semalam rupanya ditolak oleh suaminya sendiri. Perkara itu disahkan oleh polis yang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, susulan kejadian itu, polis telah menahan suami mangsa berusia 34 tahun.

Politik | Pas enggan dedah strategi PRU-15
Pas tidak akan mendedahkan kepada umum berkaitan strategi yang akan digunakan parti itu dalam menghadapi pilihanraya umum ke-15 terutama melibatkan soal pembahagian kerusi.

Bayi lelaki berbalut tuala ditemui bersama nota di depan pintu pejabat
Bayi lelaki yang masih bertali pusat dan berbalut dengan tuala berwarna hijau muda itu ditemui jam 7.40 malam Sabtu oleh seorang lelaki yang datang ke bangunan berkenaan untuk melawat rakannya.

Lembu mati, ratusan anak pokok dimusnah akibat serangan gajah liar
Kejadian serangan gajah itu merupakan kali pertama sejak mereka mengusahakan kebun itu sejak 30 tahun lalu.

Polis rampas dua senapang patah, 46 peluru hidup di Gua Musang
Kenderaan dinaiki lima lelaki tempatan berusia 25 hingga 38 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari IPD Gua Musang pada pukul 2.30 pagi.

Ku Li dakwa beliau pilihan terbaik untuk jawatan PM
-Saya mungkin mendapat sokongan ahli pembangkang, tetapi bukan UMNO,- kata Ku Li.

KKR pasang sistem amaran awal tanah runtuh di Cameron Highlands
Ketika ini terdapat runtuhan tanah di cerun jalan itu, dengan anggaran kedalaman runtuhan setinggi 250 meter dan sepanjang 600 meter.

Masjid Tengku Muhammad Fa-Iz Petra sedia sambut bulan Ramadan
Pihak pengurusan Masjid Tengku Muhammad Fa-Iz Petra di Bandar Baru, Gua Musang, Kelantan bersiap sedia menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Hampir 1,000 masyarakat Orang Asli di Pos Gob perlu bekalan elektrik
Masalah tiada bekalan elektrik memberi kesan kepada hampir 1,000 penduduk di Pos Gob Gua Musang, Kelantan.

Kemarau: Bomba guna dron pantau kebakaran hutan berskala besar
Penggunaan dron berteknologi tinggi itu dilihat langkah lebih pantas untuk mengesan dan mengawal kebakaran berskala besar.

Label Pas 'pelacur': Tugas Ku Li sepatutnya menasihat, bukan mencetus perbalahan - Sanusi
Muhammad Sanusi berkata, tindakan yang dibuat pemimpin berkenaan dengan melabelkan Pas sebagai 'pelacur' hanya akan mencetuskan permusuhan dan menggalakkan kebencian.

Dilabel 'pelacur politik': Pas utus surat zahir kekesalan kepada Tengku Razaleigh
Tuan Ibrahim berkata, sebarang kritikan perlu menggunakan saluran tepat memandangkan mesyuarat MN tetap dilakukan dua minggu sekali.

'Calon perlu bebas kes mahkamah... tidak sombong' - Tengku Razaleigh
Individu yang dicalonkan UMNO tidak boleh hanya duduk di pejabat, memberi arahan dan bersifat elitis.