PUTRAJAYA: Enam tonggak konsep Madani yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diterjemahkan dalam dasar negara secara menyeluruh dan bukan hanya bersifat populis, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata enam tonggak dasar yang meliputi KeMampanan; KesejAhteraan; Daya cipta; HormAt; KeyakiNan dan Ihsan perlu juga ditekankan dalam pembinaan modal insan yang berupaya menyelesaikan masalah rakyat sekali gus membentuk insan yang dijamin kemampanan.
"Pelaksanaan program populis hanya menyebabkan kebergantungan (rakyat) dan akhirnya ia akan timbulkan kekecewaan dalam tempoh dan jangka masa yang sangat pendek," katanya ketika menjadi panel pada Wacana 'Membangun Malaysia Madani' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Amirudin menyifatkan konsep Madani sebagai cara untuk merancakkan pembangunan fizikal ekonomi negara yang mewujudkan keadaan yang adil, makmur dan saksama yang dipacu dengan rancangan seperti di Selangor.
"Sebagai contoh Program Bitara Yayasan Selangor (Bitara) mengumpulkan pelajar pintar untuk dihantar ke 50 universiti terbaik dunia. Pada masa sama kita ada program tuisyen rakyat untuk membantu pelajar yang berpotensi gagal dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) untuk berjaya dalam peperiksaan awam itu.
"Itulah perkara yang saya gambarkan dalam kita membantu yang cemerlang dan berpotensi, pada masa sama tiada yang tertinggal dalam arus pembangunan dan kemajuan negara," katanya.
BACA: Angkat 'Malaysia Madani', harumkan semula nama Malaysia - PM Anwar
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Datuk Mohammad Redzuan Othman melahirkan keyakinan bahawa konsep Madani yang akan menjadi wawasan negara mampu menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan cemerlang.
Beliau berkata konsep Madani yang dilihamkan oleh Anwar bukan datang secara tiba-tiba sebaliknya berdasarkan pengalaman panjang beliau menjadi pemimpin dari peringkat universiti sehingga bergelar pemimpin nombor satu negara ketika ini.
Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia Profesor Haslinda Abdullah pula yang mengupas mengenai aspek 'keyakinan' dan 'ihsan', berkata dalam konteks membentuk kepercayaan, rakyat menuntut dasar yang adil dan dimanifestasi secara jelas di mana sistem itu juga harus bersifat holistik serta dirasai.
Beliau berkata bagi membina keyakinan kepada masyarakat, kepimpinan (dalam kerajaan) yang ada perlu sentiasa turun padang untuk merasai nadi masyarakat bagi menjelaskan konsep berkenaan.
"Dasar yang dirangka harus sensitif dengan masyarakat setempat dan alam sekitar di mana kita berada," katanya.
Wacana yang diadakan sempena Majlis Amanat Perdana Menteri itu adalah bagi meneroka tonggak dasar Madani dalam usaha untuk memberi kefahaman yang lebih tuntas dalam kerangka pemikiran; falsafah; etika dan tindakan dalam membangun Malaysia Madani.
Pada majlis itu, Anwar turut melancarkan buku 'Membangun Negara MADANI: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi' dengan 215 halaman, terbitan IDE itu antaranya menghimpunkan pengalaman politik serta hasil pembacaan Presiden PKR itu selama empat dekad yang bermula dari zaman beliau bergelar mahasiswa hingga memimpin gerakan reformasi.
Agenda dasar kerangka Madani bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan semasa negara tetapi turut menyentuh percorakan masa depan serta memenuhi potensi rakyat dan negara.
Madani disasarkan untuk dijadikan dasar bagi setiap teras yang akan diteroka bagi memperkukuh lapan keperluan iaitu ekonomi dan kewangan; perundangan; institusi; pendidikan; kemasyarakatan; budaya; bandar dan luar bandar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama kedua-dua timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan) pada Majlis Pelancaran Wacana Membangun Malaysia Madani di PICC hari ini. - fotoBERNAMA

WHO cadang masuk ubat obesiti sebagai ubatan penting
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan ubat obesiti dimasukkan dalam senarai ubat-ubatan penting yang bakal digunakan sebagai panduan pembelian bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana.

PBB laksana undian bawa isu iklim ke mahkamah dunia
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan proses undian bagi menentukan keputusan untuk membawa isu perubahan iklim ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menentukan kewajipan yang seharusnya dilaksanakan oleh setiap negara dalam memerangi perubahan iklim.

Bazar Ramadan Rahmah: Ada peniaga dapat sambutan, ada juga yang berdepan kerugian
Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di Presint 14, Putrajaya mendapat sambutan mengalakkan daripada pengunjung sejak dilancarkan beberapa hari lalu.Tinjauan Astro AWANI mendapati hampir 48 peratus daripada peniagaan di BRR Presint 14 memperkenalkan harga Menu Rahmah disamping menu dengan harga pasaran.

Bakhmut bakal 'dijual' sekiranya ditakluk Rusia - Zelenskyy
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy meluahkan kebimbangan sekiranya Rusia berjaya menakluk wilayah timurnya di Bakhmut. Kedua-dua negara itu pada ketika ini masih dalam pertempuran yang berlarutan di wilayah tersebut, dengan pasukan pertahanan kedua-dua negara tidak mahu menyerah kalah.

Azerbaijan cari 'dalang' serangan terhadap ahli politiknya
Khidmat keselamatan Azerbaijan berjanji akan menyiasat dan mencari dalang kepada kejadian tembakan yang mencederakan ahli politik negara itu.

Sektor pembuatan Rusia kekal lembap
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, sektor pembuatan negara itu masih lembap dan menjangkakan inflasi pada kadar peratus menjelang akhir bulan.

Parti Kerajaan Perpaduan guna logo sendiri hadapi PRN
Keputusan Barisan Nasional (BN) menggunakan lambang dacing bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah dalam pengetahuan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.

MMA tidak setuju mogok doktok kontrak
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Muruga Raj Rajathurai menyeru kerajaan untuk mengambil tindakan cepat bagi menangani isu-isu yang dihadapi oleh doktor kontrak di negara ini. Beliau juga menasihatkan doktor kontrak untuk tidak melancarkan mogok kerana ia akan memberi kesan kepada penjagaan pesakit dan menambah beban rakan sekerja di fasiliti kesihatan awam yang sudah sesak.

Sulaiman letak jawatan, Melaka bakal dapat KM baharu
Politik Melaka bakal menyaksi pertukaran kepimpinan selepas Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Rakyat Melaka tunggu urus tadbir lebih baik
Rakyat Melaka menantikan urus tadbir baharu yang memberi tumpuan kepada keperluan, kemahuan dan kepentingan termasuk agenda merakyatkan kepimpinan terbaharu selepas ini. Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian menyifatkan ini bukan lagi masa sesuai untuk bercakap mengenai soal jawatan atau kedudukan tetapi bagaimana meningkatkan taraf kebajikan penduduk Melaka.

Anwar berbuka puasa, beramah mesra dengan komuniti Islam di Hainan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa beramah mesra dan berbuka puasa bersama wakil komuniti Islam setempat serta delegasi Malaysia yang menyertai Forum Boao bagi BFA 2023.

Anwar tiba di Hainan untuk sertai BFA 2023
Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dalam lawatan ini.

Kerajaan tegas soal pemberian kontrak, projek selaras prinsip tadbir urus baik - Anwar
Kerajaan mengambil pendekatan tegas dalam soal pemberian kontrak atau projek kepada mana-mana pihak selaras dengan prinsip tata kelola baik diterapkan dalam pentadbiran.

Bukan saya yang buat laporan polis - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal nafi membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berhubung pelepasan cukai Yayasan Albukhary.

Kerajaan setuju lanjutkan pelepasan cukai SSPN sehingga 2024 - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mendengar keresahan disuarakan golongan yang terkesan.

Aidilfitri: Anwar umum 'duit raya' untuk Rela, sukarelawan APM, polis, bomba
Anwar mengumumkan pasukan sukarelawan Rela, APM, sukarelawan polis dan bomba turut menerima 'duit raya' apabila kerajaan bersetuju memberikan sagu hati RM300.

RUU Perbekalan 2023 dibentang untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara
Anwar berkata Belanjawan 2023 dirumuskan sebagai langkah untuk mendepani tentangan semasa.

Bantuan Aidilfitri, pelepasan cukai individu - Anwar umum 4 inisiatif tambahan Belanjawan 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan empat inisiatif tambahan dalam Belanjawan 2023.

Kerajaan Perpaduan beri lebih peruntukan kepada Kelantan, Terengganu berbanding PN - Anwar
Tanggungjawab beliau adalah untuk menjawab semua tohmahan tersebut dan bukannya menyerang ulama kerana mereka membentangkan fakta yang salah.

Lawatan rasmi PM Anwar ke China tunjuk komitmen kuat dan hubungan baik
China menjadi negara pertama di Asia Timur yang dilawati oleh Anwar, yang juga Menteri Kewangan sejak mentadbir Kerajaan Perpaduan.