Seorang pemilik bengkel cat kereta hidup dalam ketakutan apabila sering diganggu seorang lelaki dipercayai 'Ah Long' yang memintanya melunaskan hutang bekas pekerjanya.
Chay Mook Kowong, 61 tahun, berkata dia tidak pernah membuat sebarang pinjaman dengan Ah Long namun sejak Mei lepas, dia tiba-tiba kerap menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang memintanya membayar hutang lebih RM2,000.
Permintaan itu bagaimanapun tidak diendahkan sehinggalah dia menerima ugutan daripada individu berkenaan pada bulan lepas menerusi aplikasi WhatsApp, katanya dalam sidang media bersama-sama Ketua Biro Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan MCA, Michael Tay Chee Boon, di sini, hari ini.
"Saya ada menerima pesanan ringkas dari dua nombor talian tidak dikenali sebelum ini menyuruh pekerja saya itu membayar hutang, bagaimanapun saya memaklumkan itu bukan urusan saya," katanya.
Chay berkata dia pernah diugut bahawa bengkelnya akan dibakar dan terbaru pada Rabu lepas rumahnya di Pasir Gudang telah disimbah cat merah.
"Kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga, saya telah membuat tiga laporan polis di Balai Polis Masai. Satu daripada laporan itu dibuat sejurus mendapat panggilan Ah Long berkenaan pada 23 Mei, kedua pada 6 Jun lalu dan laporan terakhir selepas rumah saya disimbah cat," katanya yang kemudiannya meminta bantuan MCA.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 13 2018
Chay Mook Kowong (kiri) menunjukkan laporan polis dibuatnya bersama gambar rumahnya yang disimbah cat merah. - Foto BERNAMA
A.S. Memilih: Trump terima jemputan Biden ke Rumah Putih
Calon Republikan Donald Trump telah menerima jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden ke Rumah Putih.
Soket elektrik di bas ekspres tiada piawaian tersendiri - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi menetapkan piawaian untuk soket tersebut.
[TERKINI] Lima individu termasuk kerabat Pahang didakwa cederakan lelaki
Lima individu, termasuk seorang kerabat Pahang, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan, atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki pada Jun lalu
Beg berisi wang tunai RM1 juta sudah ditemukan - Polis
Beg berisi wang tunai RM1 juta yang dilaporkan hilang petang semalam di Ampang, sudah ditemukan.
Sony PlayStation 5 Pro dilancar secara rasmi di Malaysia pada harga RM3849
Ini adalah peningkatan hampir dua kali ganda berbanding 10.23 Teraflop pada model PS5 asal.
Suara belia ke peringkat global antara perjuangan Michelle
Michelle yang merupakan pengerusi pertama dilantik dalam kalangan Asia Pasifik juga akan memperjuangkan suara belia sehingga ke peringkat global termasuk isu perubahan iklim dan kesihatan mental.
Suara belia ke peringkat global antara perjuangan Michelle
Michelle yang merupakan pengerusi pertama dilantik dalam kalangan Asia Pasifik juga akan memperjuangkan suara belia sehingga ke peringkat global termasuk isu perubahan iklim dan kesihatan mental.
[TERKINI] pakar sejarah Zainal Kling meninggal dunia
Bekas Penyandang Kursi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dilaporkan , menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam.
Bapa temui jasad anak perempuan dalam tali air, ibu pengsan
Ainun Mardiah Azeman, 14, ditemukan Azeman Harun, 56, pada jam 5 petang di dasar tali air sedalam kira-kira semeter.
Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka
Roblox menyatakan bahawa langkah-langkah keselamatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan keselamatan pemain, terutamanya kanak-kanak.
Empat Ah Long ditahan, terlibat simbah cat, khianat di enam negeri
Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket Ah Long yang turut melakukan jenayah khianat rentas negeri.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Kegiatan Ah Long masih berleluasa kerana terdapat permintaan daripada masyarakat
Masyarakat juga lebih cenderung memilih Ah Long kerana kesukaran mendapat pinjaman daripada institusi kewangan berlesen.
Penganggur 'dilarikan' parah dipukul suami kekasih
Dia dilarikan tiga lelaki yang bertindak memukul dan mengurungnya di dalam sebuah rumah flat di Mak Mandin, Butterworth pada Khamis.
Empat ahli geng Ah Long disambung reman
Penyambungan reman dilakukan terhadap tiga lelaki dan seorang wanita untuk pihak polis melengkapkan siasatan.
Polis Kedah lakukan siasatan menyeluruh kes tangkapan geng Ah Long
Polis tidak tolak kemungkinan besar empat suspek yang terbabit dengan geng Ah Long yang ditahan di Kulim baru-baru ini ada rangkaian lain.
Ah Long dikesan jual kad ATM RM300
Sindiket pinjaman wang tidak wujud atau Ah Long kini dikesan menjual kad juruwang automatik (ATM) milik peminjam dengan hanya RM300 kepada pihak tertentu bertujuan mengaut keuntungan.
Peminjam ah long lari, jiran kena tanggung padah
Mangsa Chiang Ghee Siew, 55, mendakwa kira-kira pukul 9 pagi Ahad lepas, dia terkejut apabila mendapati terdapat kesan cat warna merah di pintu pagar hadapan dan dinding rumah serta belakang kereta.
Enggan bayar hutang bekas pekerja, pemilik bengkel diganggu 'Ah Long'
Pemilik bengkel cat kereta diganggu lelaki dipercayai 'Ah Long' yang memintanya lunaskan hutang bekas pekerjanya.
Kempen #BolehBincang PTPTN menjadi, kutipan meningkat drastik
Hasil daripada pelbagai inisiatif yang telah dijalankan bagi membantu memudahkan bayaran balik pinjaman, PTPTN berjaya mengutip jumlah bayaran yang meningkat secara drastik.