awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enjin kanan terbakar, pesawat AirAsia lakukan pendaratan cemas

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
26/03/2025
23:00 MYT
Enjin kanan terbakar, pesawat AirAsia lakukan pendaratan cemas
Pesawat jenis Airbus A320-216 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Shenzhen, China itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan melakukan pendaratan kecemasan, malam tadi. - Gambar JBPM
KUALA LUMPUR: Seramai 171 penumpang dan kru AirAsia pesawat AK128 mengalami detik cemas apabila kapal terbang dinaiki mereka mengalami kebakaran pada enjin kanan.
Pesawat jenis Airbus A320-216 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Shenzhen, China itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan melakukan pendaratan kecemasan.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pasukan keselamatan itu menerima panggilan kecemasan pada 10.37 malam tadi.
Susulan itu, Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya menggerakkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA ke lokasi pada jam 10:.5 malam dengan kekuatan seramai sembilan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Pesawat berjaya melakukan pendaratan kecemasan pada jam 12:08 tengah malam, dengan 171 penumpang dan kru pesawat selamat.
"Pemeriksaan awal mendapati pesawat mengalami kerosakan pada 'Pneumatic Ducting Burst' yang menyebabkan kebakaran pada enjin.
"Bagaimanapun, api telah dipadamkan oleh sistem pesawat sebelum pendaratan dilakukan.
"Anggota bomba bertindak membantu pemindahan penumpang dan memastikan tiada lagi ancaman kebakaran sebelum operasi ditamatkan," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Beliau berkata, JBPM turut mengesahkan insiden ini ditangani dengan selamat tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.
Pemeriksaan awal mendapati pesawat mengalami kerosakan pada 'Pneumatic Ducting Burst.'
Pemeriksaan awal mendapati pesawat mengalami kerosakan pada 'Pneumatic Ducting Burst.'
Topic Berkaitan
#AirAsia
#pendaratan cemas
#enjin AirAsia terbakar
#AK128
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan