MERSING: Empat lelaki warga Indonesia nekad terjun ke laut demi menyelamatkan diri selepas kapal dinaiki mereka hanyut beberapa hari akibat mengalami kerosakan.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, pihak Maritim Negeri Johor menerima maklumat berhubung perkara berkenaan hasil aduan awam yang mengatakan terdapat sebuah kapal mencurigakan hanyut berhampiran Pulau Pemanggil, perairan Mersing.
Katanya, setelah menerima aduan tersebut, pihak Maritim Malaysia segera mengkoordinasikan bantuan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) dengan mengarahkan bot ronda Maritim Malaysia ke lokasi.
"Setelah maklumat berkenaan disalurkan ke Pusat Operasi Zon Maritim Mersing, sebuah bot ronda Maritim Malaysia, Perkasa 44, yang sedang melakukan rondaan telah diarahkan untuk membuat pemantauan dan pemeriksaan di lokasi.
"Dalam masa sama, satu laporan polis dibuat penduduk Pulau Pemanggil apabila seramai empat individu tidak dikenali, terdampar di pantai pulau berkenaan.
"Mangsa yang terselamat memberitahu mereka nekad terjun ke laut bagi menyelamatkan diri daripada kapal bermuatan kargo itu dan berenang ke daratan terhampir (Pulau Pemanggil) kerana bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku," katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Hasil maklumat, kapal tersebut dipercayai mulai hanyut sekitar 6 petang 12 Ogos lalu di perairan Tanjung Pinang Indonesia, kerana mengalami kerosakan pada enjin.
Katanya, keadaan itu menyebabkan mereka hanyut dari perairan Tanjung Pinang Indonesia hingga empat batu nautika barat Pulau Pemanggil di sini pada Isnin.
Beliau berkata, mangsa memberitahu bahawa keputusan untuk terjun menyelamatkan diri adalah kerana kapal yang dinaiki telah hanyut selama beberapa hari dalam keadaan cuaca buruk dan ombak kuat tanpa sebarang bantuan dan komunikasi setelah terputus hubungan.
Kesemua mangsa telah dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Mersing dan diserahkan kepada pihak Zon Maritim Mersing bagi tindakan selanjutnya.
Kesemua mangsa yang dikenali sebagai Darman, 42; Murhairi, 57; Agus Mustafa, 25; dan Suhandri, 22; dalam keadaan sihat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Kesemua mangsa akan dihantar pulang ke jeti asal di Tanjung Pinang, Indonesia apabila proses dokumentasi dengan pihak kedutaan Indonesia dan proses baik pulih enjin kapal KLM Jaya Makmur 88 selesai dilakukan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 16 2023

Empat kru warga Indonesia nekad terjun laut setelah kapal dinaiki mengalami kerosakan sebelum ditemui terdampar di pantai Pulau Pemanggil perairan Mersing pada Isnin. - Foto Maritim Mersing
[TERKINI] Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar
Gempa bumi kuat dengan bermagnitud 7.7 melanda tengah Myanmar pada Jumaat.
Kepulangan untuk meraikan Syawal enam beranak dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur ke kampung halaman di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi Johor berakhir pilu apabila tiga daripadanya mereka terkorban dalam nahas jalan raya di Lenbuhraya Utara Selatan berdekatan Sed
Kepulangan untuk meraikan Syawal enam beranak dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur ke kampung halaman di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi Johor berakhir pilu apabila tiga daripadanya mereka terkorban dalam nahas jalan raya di Lenbuhraya Utara Selatan berdekatan Sedenak.

Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa Myanmar, gegaran turut dirasai di negara jiran
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda bahagian tengah Myanmar pada Jumaat, menyebabkan gegaran dirasai di beberapa negara jiran.

Doktor wanita Hospital Shah Alam maut dalam perjalanan pulang beraya ke Kelantan
Seorang wanita maut manakala lima lagi anggota keluarganya cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Lebuhraya LPT2 Ajil-Telemong, awal pagi tadi.

Berita buruk: 'Kami semua terdiam, Fatimah London perlu kembali ke hospital' - Ibu
Nor Ashila menyifatkan bahawa mereka sekeluarga juga tidak bersedia sepenuhnya untuk menerima 'berita buruk'.

Bawa masuk warga asing secara haram, pegawai Imigresen ditahan
Jabatan Imigresen mengesahkan penahanan seorang pegawai penguat kuasa pasukan itu kerana disyaki membawa masuk warga asing tanpa pemeriksaan.
AWANI Ringkas: JPJ kesan lebih 1,000 bas lakukan pelbagai kesalahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Maradona tidak sepatutnya dirawat di rumah, menderita 12 jam sebelum kematian
Hasil bedah siasat terhadap Maradona, didedahkan buat kali pertama pada Khamis semasa perbicaraan terhadap tujuh doktor dan jururawat yang merawatnya.
[TERKINI] 158 bas ekspres tidak layak berada atas jalan
Sebanyak 158 bas ekspress dikenakan larangan berada di atas jalan raya dalam tempoh lima hari pertama Ops Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 yang bermula 24 Mac hingga 8 April ini.

Piala Dunia ISTAF: Ahmad Jais kecewa pasukan lelaki gagal capai sasaran
Ketua jurulatih, Ahmad Jais Baharun kecewa dengan persembahan anak buahnya di Piala Dunia Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) di Bihar, India.

Bawa masuk warga asing secara haram, pegawai Imigresen ditahan
Jabatan Imigresen mengesahkan penahanan seorang pegawai penguat kuasa pasukan itu kerana disyaki membawa masuk warga asing tanpa pemeriksaan.

Tiga lelaki warga asing disyaki terlibat pecah rumah ditahan
Ketiga-tiga suspek, berusia 20-an, ditahan di Taman Puchong Utama, Kota Damansara dan Taman Sentosa Perdana, Klang.

DBKL serbu hotel haram warga asing, tiga diarah tutup serta-merta
DBKL menggempur beberapa premis hotel dikendalikan warga asing dalam operasi khas KL Strike Force, di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Op Hazard: PGA Sarawak rampas e-waste bernilai lebih RM14 juta
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas sisa elektronik (e-waste) bernilai lebih RM14.69 juta dalam tiga serbuan di sekitar bandar raya ini menerusi Op Hazard Sarawak, semalam.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, sita 608 tong
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan LPG bersubsidi dianggarkan bernilai RM14,565 menerusi sebuan di sebuah stor haram di Jalan Kampung Jawa, Shah Alam, Selangor, minggu lepas.

Kemasukan tanpa visa Thailand bakal dipendekkan kepada 30 hari
Perincian lanjut bagaimanapun masih perlu dibincangkan sebelum pengumuman rasmi dibuat mengenai pindaan peraturan tersebut.

Tiga ditahan terbabit sindiket percepat permohonan warganegara
Dua pemilik syarikat dan seorang kerani ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit sindiket yang merasuah pegawai jabatan kerajaan.

Wanita dakwa kerugian RM60,000, barang kemas dicuri
Seorang wanita mendakwa kerugian kira-kira RM60,000 selepas barang kemasnya dipercayai dicuri oleh pekerja yang sedang membuat pengubahsuaian rumahnya di Taman Laman Puteri, Nilai di sini.

Empat ejen haram warga asing ditahan - Imigresen
Jabatan Imigresen Malaysia menahan empat individu dipercayai menjadi ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.