KUALA LUMPUR: ‘Enough is enough!"

Itu amaran keras Presiden Palestin terhadap Amerika Syarikat dan Israel untuk menamatkan pencerobohan ke atas tanah Palestin.

Mahmoud Abbas menegaskan rakyat Palestin tidak akan meninggalkan tanah air mereka.

“"Saya menyampaikan kenyataan saya secara khusus kepada Amerika Syarikat dan Israel: Cukuplah! Tinggalkan kami! Kami akan tetap menjadi duri dalam daging anda!

"Kami tidak akan meninggalkan tanah air kami! Kami tidak akan meninggalkan negara kami! Tamatkan pencerobohan anda di tanah kami hari ini dan bukan esok,” tegas beliau.

Abbas berkata demikian ketika bertemu dengan pegawai tinggi Pertubuhan Pembebasan Palestin di Kota Ramllah, Tebing Barat bagi membincangkan ketegangan konflik di Asia Barat itu.

Keganasan berterusan di bumi Gaza sejak akhir bulan Ramadan dengan ketegangan antara Hamas dan rejim Zionis meningkat.

Angka korban meningkat kepada 65 mangsa setakat ini dengan kebanyakan yang syahid adalah orang awam termasuk komander Hamas.

BACA: Serangan Zionis ke atas Palestin berterusan, angka kematian meningkat 65

BACA: Komander kanan Hamas, tiga anggota Jihad Islam terbunuh

Pengusiran rakyat Palestin daripada rumah mereka di Timur Baitulmuqaddis dan provokasi tentera Israel di Masjid Al-Aqsa minggu lalu memaksa campur tangan Hamas dan angkatan kanannya Bridged Al-Qasam.

Ketegangan itu tidak pernah disaksikan sejak tahun 2014 dengan serangan balas bertali-arus antara Hamas dan Zionis Israel.

Peningkatan ketegangan di Asia Barat itu mendapat perhatian antarabangsa dengan kebanyakan negara menggesa ia diredakan.

BACA: Konflik Asia Barat: PBB desak Israel, Palestin henti serangan

BACA: Malaysia kutuk keras serangan rejim Israel ke atas Gaza - PM Muhyiddin

Malaysia turut mengutuk keras tindakan Israel yang bertindak ganas terhadap penduduk Palestin.