awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Myanmar hapus perintah berkurung di Yangon menjelang pilihan raya
New York wajibkan amaran kesihatan mental pada platform media sosial
Surat terbuka Najib Razak buat rakyat Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Erdogan mahu tingkat hubungan pertahanan, perdagangan Malaysia-Turki

Firdaus Azil
Firdaus Azil
11/04/2024
06:00 MYT
Erdogan mahu tingkat hubungan pertahanan, perdagangan Malaysia-Turki
Dalam perbualan telefon, Anwar dan Erdoğan turut membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa termasuk situasi di Palestin. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA: Presiden Recep Tayyip Erdogan menzahirkan harapan agar hubungan Malaysia dan Turki dapat diperhebat terutama dalam bidang perdagangan dan pertahanan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar dalam catatan terbaharu di media sosialnya berkata, harapan itu diungkapkan Erdogan sewaktu beliau menerima panggilan telefon daripada sahabat baiknya itu pada Khamis.
“Kami berbalas ucapan Eid Mubarak dan mendoakan agar masing-masing terus diberi kesihatan yang baik untuk memimpin negara.
“Presiden Erdogan turut menzahirkan harapan agar hubungan antara kedua-dua negara dapat diperhebat terutama dalam bidang perdagangan dan pertahanan.
“Saya juga menggunakan peluang ini untuk sekali lagi mengundang Presiden Erdogan untuk ke Malaysia,” katanya lagi.
Dalam pada itu Anwar berkata, mereka berdua turut mengggunakan kesempatan tersebut untuk membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa termasuk situasi di Palestin.
“Saya nyatakan bahawa komuniti antarabangsa perlu segera mendesak pembantaian dan penghapusan rakyat Gaza dihentikan.
“Malaysia akan terus komited menyuarakan pendirian tegas negara mengenai nasib rakyat Palestin di pentas dunia,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Turki
#Palestin
#Recep Tayyip Erdogan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan