KUALA LUMPUR: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berminat untuk mengadakan Sidang Kemuncak Istanbul yang akan mengetengahkan isu berkaitan hal ehwal umat dan negara Islam seperti yang diadakan di Kuala Lumpur, pada 2019.
Perkara itu disampaikan Erdogan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr, Mahathir Mohamad dalam pertemuan antara kedua-duanya di Kompleks Presiden di Ankara, Turki, pada Rabu.
Pertemuan itu berlangsung selama sejam dan perbincangan tertumpu kepada perkara yang dijalankan semasa Sidang Kemuncak KL pada 2019.
"Erdogan kemudian mencadangkan Sidang Kemuncak Istanbul diadakan sama ada pada September atau Oktober tahun ini yang dipersetujui Dr Mahathir," kata kenyataan yang dikongsi dalam hantaran terbaharu di akaun Facebook Dr Mahathir..
Dalam perbincangan itu, Presiden Erdogan turut menyuarakan keinginan beliau agar Dr Mahathir serta pasukan Sidang Kemuncak KL bekerjasama dengan pihak Turki dalam cadangan penganjuran Sidang Kemuncak Istanbul.
Sidang Kemuncak KL pada 2019 diterajui Dr Mahathir selaku pengerusi.
Perbincangan dan pandangan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sepanjang persidangan selama empat hari itu disertai 450 perwakilan dari 56 negara Islam yang terdiri daripada pemimpin negara, pemikir, cendekiawan, ahli politik dan pemimpin masyarakat.
Dalam pertemuan itu juga, Dr Mahathir turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Erdogan atas kejayaannya mengekalkan jawatan presiden dalam pilihan raya Turki baru-baru ini.
Selain itu, Dr Mahathir turut merakamkan ucapan takziah kepada mangsa gempa bumi yang meranapkan beberapa wilayah di republik itu yang turut mengorbankan ribuan rakyat negara itu.
"Terdapat juga banyak perbincangan mengenai nasib umat Islam dan keperluan untuk membantu umat Islam dan negara mereka yang menghadapi kesukaran dan peperangan," katanya.
Dr Mahathir juga mengakui, Turki boleh menjadi negara contoh kepada negara Islam lain berikutan perkembangan pesat dan kemajuan negara itu dalam pelbagai bidang.
Turut hadir ialah isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan isteri Erdogan, Emine Erdogan.
Afiezy Azaman
Wed Jun 21 2023
Dr Mahathir Mohamad (kiri) berjabat tangan dengan Recep Tayyip Erdogan pada pertemuan di Kompleks Presiden di Ankara, Turki, pada Rabu. - Gambar Facebook Dr Mahathir
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Turkiye sambut ulang tahun ke-101, perkukuh hubungan erat dengan Malaysia
Kedutaan Turkiye di Malaysia menganjurkan majlis resepsi pada Selasa malam bagi meraikan ulang tahun ke-101 republik itu.
[TERKINI] 5 maut, 22 cedera serangan pengganas ke atas Turkish Aerospace Industries
Dua pengganas yang menyerang kemudahan Turkish Aerospace Industries (TAI) di Ankara telah "ditewaskan."
Presiden Turkiye kecam serangan Turkish Aerospace Industries
Serangan ke atas TAI "mensasarkan kelangsungan negara kita" kata Presiden Erdogan.
Erdogan ucap takziah atas kematian pemimpin Hamas Yahya Sinwar
Erdogan sifatkan pemimpin dan anggota pejuang Hamas yang syahid, sebagai legenda perjuangan Palestin.
Presiden Turkiye kecam kehadiran Perdana Menteri Israel di PBB
Recep Tayyip Erdogan menyifatkan kehadiran Benjamin Netanyahu sebagai 'memalukan'.
Erdogan kecam UNSC kerana gagal hentikan perang di Gaza
Recep Tayyip Erdogan mengkritik UNSC kerana gagal menghentikan apa yang disifatkannya sebagai "genosid" di Semenanjung Gaza.
Turkiye akan terus tingkatkan tekanan ke atas Israel - Presiden Erdogan
Erdogan maklumkan kepada Presiden Mahmoud Abbas, Turkiye akan terus sokong perjuangan Palestin.
Turkiye isytihar hari berkabung selepas kematian Ismail Haniyeh
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata hari berkabung itu juga sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.
Gaza telah jadi ‘kem penghapusan terbesar dunia’ - Presiden Turkiye
Kekejaman dan barbarisme Israel dihentikan dengan segera, sebelum terlambat, tegas Erdogan.
Turkiye mungkin masuki Israel untuk bantu rakyat Palestin - Erdogan
"Kita mesti kuat supaya Israel tidak boleh melakukan perkara yang tidak masuk akal ini kepada Palestin."