awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shuib didenda RM10,000 promosi vape
'Pirate Queen: Zheng Yi Sao' jadi filem AI generatif pertama di pawagam Malaysia
Gangguan trafik minimum di KM16.33 NKVE Damansara-Subang malam ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ERL kembali operasi 13 Sept, vaksinasi kakitangan capai 99 peratus

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
09/09/2021
04:35 MYT
ERL kembali operasi 13 Sept, vaksinasi kakitangan capai 99 peratus
ERL akan mula beroperasi semula bagi semua perkhidmatan trennya mulai 13 September susulan peralihan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan mula beroperasi semula bagi semua perkhidmatan trennya mulai 13 September susulan peralihan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
ERL dalam kenyataan hari ini memaklumkan, KLIA Express dan KLIA Transit akan beroperasi sebagai perkhidmatan gabungan dari 6 pagi hingga 10.10 malam setiap hari.
“Jadual perjalanan akan disesuaikan kemudian untuk menampung jumlah penumpang yang semakin meningkat,” katanya.
Pada 4 Jun lalu, ERL menggantung semua perkhidmatan trennya susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Dalam perkembangan berkaitan, ERL menyatakan 99 peratus kakitangannya, termasuk 100 peratus kakitangan barisan hadapan dan operasi telah melengkapkan vaksinasi COVID-19.
Hanya kakitangan yang mempunyai kondisi kesihatan tertentu sahaja masih belum divaksin, tambahnya.
“Demi memastikan kesihatan dan keselamatan penumpang dan kakitangan, ERL telah menyeru semua kakitangannya untuk mendapatkan vaksin COVID-19 sebagai persediaan meneruskan perkhidmatan.
“Ini selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan kesemua pekerja di perkhidmatan penting seperti pengangkutan awam mendapatkan vaksin seterusnya mencapai imuniti kelompok.
“Dengan kadar vaksinasi penuh dan pembersihan harian yang ketat tren dan stesen, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai keselamatan dan keselesaan semasa menggunakan perkhidmatan tren,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, ERL turut menawarkan promosi kad perjalanan mingguan percuma untuk setiap pembelian kad perjalanan bulanan transit KLIA dengan kad pengenalan berdaftar.
“Promosi akan bermula segera sehingga 30 November untuk mendorong lebih ramai orang yang kembali ke pejabat atau ke tempat kerja menggunakan pengangkutan awam untuk perjalanan harian mereka.
“Kad perjalanan bulanan memberikan penjimatan besar untuk penumpang kerana potongan harga diberikan sehingga 83 peratus,” tambahnya.
ERL turut menyatakan orang ramai boleh mendapatkan jadual penuh perjalanan tren dan kemaskini serta Langkah keselamatan diambil ERL melalui www.KLIAexpress.com atau di Facebook KLIA Express.
Untuk pertanyaan berhubung pemulangan semula bayaran dan bantuan lebih lanjut, penumpang boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 03-2267 8000 (Isnin hingga Jumaat 8:30 pagi - 6 petang waktu tempatan), menurut kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#imuniti kelompok
#Pelan Pemulihan Negara
#ERL
#perkhidmatan tren beroperasi semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan