awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ERL sasar 8,000 penumpang melalui promosi 'ERL RM1 Joyride Weekend'

Bernama
Bernama
27/11/2021
09:07 MYT
ERL sasar 8,000 penumpang melalui promosi 'ERL RM1 Joyride Weekend'
Noormah Mohd Noor bersama Pengarah Kanan Bahagian Komunikasi Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mohd Yusof ketika melakukan gimik perasmian RM1 Joyride Hujung Minggu bersama Express Rail Link (ERL) hari ini. -Bernama
KUALA LUMPUR: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), operator perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit menyasarkan 8,000 penumpang akan menggunakan perkhidmatan tren tersebut sepanjang promosi 'ERL RM1 Joyride Weekend' pada hari ini dan esok.
Ketua Pegawai Eksekutif ERL Noormah Mohd Noor berkata, usaha itu bertujuan menggalakkan dan memulihkan keyakinan orang ramai untuk kembali menggunakan pengangkutan awam selepas wabak COVID-19 memberikan kesan kepada perkhidmatan itu sejak tahun lepas.
"Pihak ERL pada masa sama akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan tiada pengumpulan orang yang ramai sepanjang tempoh promosi dua hari ini berlangsung," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran promosi itu di KL Sentral hari ini.
Menerusi promosi tersebut, orang ramai berpeluang 'makan angin' menaiki perkhidmatan tren ERL pada hari ini dan esok dengan hanya RM1 untuk tiket sehala ke mana-mana stesen ERL.
Beberapa stesen ERL turut menganjurkan aktiviti menarik seperti Stesen Sentral KL yang menawarkan pemberian percuma daripada foodpanda dan bertemu pemain cosplay, manakala Stesen KLIA 2 pula menawarkan jualan murah Gateway@klia2 Giler Sale serta jualan akhir tahun Mitsui Outlet Park.
Sementara itu, seorang penumpang Hazley Halim, 44, berkata beliau menyambut baik usaha ERL itu dan mengambil peluang membawa keluarganya bersiar-siar menaiki tren dari KL Sentral ke KLIA2.
"Lazimnya saya guna tren ERL untuk ke luar negara atas urusan perniagaan, tetapi hari ini saya ambil kesempatan makan angin dengan keluarga, walaupun hampir dua tahun perkhidmatan ini tidak digunakan secara maksimum, namun saya lihat keadaan fasilitinya masih sempurna," katanya yang menetap di Petaling Jaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ERL
#Joyride Weekend
#pengangkutan awam
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan