awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ERL tawar tambang istimewa tiket pergi balik pada 31 Ogos

Bernama
Bernama
25/08/2023
11:10 MYT
ERL tawar tambang istimewa tiket pergi balik pada 31 Ogos
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) menawarkan harga istimewa tambang tiket pergi balik bagi perkhidmatan KLIA Transit untuk perjalanan dari KL Sentral ke Terminal Putrajaya Sentral pada 31 Ogos ini bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) menawarkan harga istimewa tambang tiket pergi balik bagi perkhidmatan KLIA Transit untuk perjalanan dari KL Sentral ke Terminal Putrajaya Sentral pada 31 Ogos ini bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.
ERL dalam kenyataan hari ini memaklumkan kadar tambang istimewa bagi dewasa ialah RM15 berbanding harga asal RM28, RM1 bagi kanak-kanak 6 hingga 15 tahun (harga asal RM12.60) manakala tambang percuma bagi kanak-kanak enam tahun ke bawah.
"Tambang istimewa ini hanya ditawarkan untuk pembelian dan perjalanan sehari sahaja pada 31 Ogos, bagi perjalanan bermula dari stesen KL Sentral ke stesen Putrajaya dan Cyberjaya," menurut kenyataan itu.
Menurut ERL, untuk mendapatkan tambang istimewa ini, pengguna perlu membeli tiket di kaunter tiket KL Sentral sahaja.
ERL memaklumkan perkhidmatan KLIA Transit pada 31 Ogos akan bermula lebih awal pada 4.30 pagi.
Sambutan Hari Kebangsaan 2023 bertemakan 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan' akan diadakan di Putrajaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ERL
#harga istimewa
#Hari Kebangsaan
#tambang tiket pergi balik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan