Esscom cadang bot pancung di Sabah didaftarkan, ada kod warna mengikut daerah

Radhi Muslim
September 4, 2019 14:17 MYT
Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya juga mencadangkan agar kod warna bot pancung dilaksanakan.
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) agar semua bot pancung di Sabah didaftarkan sepenuhnya.
Langkah itu penting bagi mengawal aktiviti keluar masuk yang menggunakan bot pancung di perairan Sabah terutama di Esszone.
Selain itu, Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya juga mencadangkan agar kod warna bot pancung dilaksanakan.
"Selagi peraturan itu tidak dikuatkuasakan, bot pancung akan sewenang-wenangnya digunakan penjenayah rentas sempadan.
"Esscom mencadangkan bot pancung ini didaftarkan serta diberikan kod warna mengikut daerah.
"Tujuannya mudah, untuk senang kita pantau pergerakan keluar masuk di perairan maritim kita," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Lahad Datu pada Rabu.
#Bot pancung #Datuk Hazani Ghazali #ESSCom #ESSZONE #jenayah rentas sempadan