LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan di Kudat pada 18 Mei ini.
Komandernya DCP Hamzah Ahmad berkata operasi itu dilaksanakan sebagai langkah awal menangani pembinaan struktur haram di laut Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang dikhuatiri berpotensi dieksploitasi penjenayah rentas sempadan menjadi 'staging point' untuk jenayah penculikan, rompakan dan penyeludupan.
"Hasil tinjauan pasukan keselamatan menerusi aset udara serta pemeriksaan di lapangan, mendapati kewujudan banyak pondohan haram di perairan berkenaan.
"Operasi Gasak ini akan merobohkan sejumlah pondohan yang tidak berpenghuni selain diberikan notis pengosongan kerana bimbang menimbulkan ancaman kepada keselamatan masyarakat serta negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Hamzah berkata pihak berkuasa akan mengeluarkan notis di bawah peruntukan Seksyen 48(1)(j) Enakmen Taman Taman Sabah 1984 pindahan 2007 serta Akta Imigresen 1959/1963 termasuk undang-undang lain sewaktu operasi itu dilaksanakan.
Sementara itu katanya ESSCom pada bila-bila masa akan menggempur pondohan serta bagang yang dibina secara haram di sepanjang perairan ESSZone.
"Mana-mana individu atau kumpulan diingatkan segera merobohkan pondohan atau bagang (sangkar tradisional) haram berkenaan sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan lanjut," katanya.
Hamzah juga berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pembinaan struktur haram di laut supaya melaporkan kepada Pusat Operasi ESSCom di talian 089-863181 atau melalui aplikasi Whatsapp 011-63311072.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022

ESSCom pada bila-bila masa akan menggempur pondohan serta bagang yang dibina secara haram di sepanjang perairan ESSZone. - Gambar fail

Harga Barang Naik | Peniaga mengeluh, mungkin terpaksa gulung tikar
Sebahagian golongan peniaga di Terengganu khuatir terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu menampung kos operasi berikutan kenaikan harga barang serta kekurangan pelanggan. Mereka mendakwa, kenaikan harga barang menyebabkan orang ramai kurang berbelanja sekali gus, pendapatan mereka merudum selain terpaksa menanggung kerugian.

Banjir | Polis beri amaran sebar berita palsu ada kematian
Orang ramai terutama pengguna media sosial diingatkan tidak menyebarkan berita-berita palsu mengenai kejadian banjir dan kepala air yang berlaku di kawasan Kampung Iboi dan beberapa kampung sekitar Kupang, Baling. Ketua Polis Daerah Baling, Superitenden Shamsudin Mamat memaklumkan, ia termasuk berita yang ditularkan mengenai kematian seorang mangsa akibat bencana berkenaan.

AWANI Pagi: Musim kemarau di Malaysia bermula, Adakah kita bersedia?
Sejak beberapa hari lalu, cuaca di Malaysia catat suhu panas melampau. Adakah musim kemarau di Malaysia sudah bermula? Adakah kita bersedia menghadapi perubahan itu? Apakah langkah pencegahan yang perlu dilaksanakan untuk berdepan dengan cuaca panas melampau? #AWANInews #MalaysiaSihat

Banjir: 50,000 penduduk New South Wales diarah pindah
Keadaan ribut dijangka mula reda pada Selasa namun ancaman banjir masih berterusan sehingga hujung minggu ini.

AWANI Ringkas: Bendung ketirisan minyak masak subsidi

Baling Banjir: Sembilan sekolah terjejas, JPN & PPD diarah siap sedia
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah diminta bersiap sedia dan mengambil tindakan sewajarnya.

Pemberian subsidi adalah langkah betul bagi ringankan beban rakyat - Pakar ekonomi
Nungsari berkata pengumuman tersebut munasabah, tetapi pada masa yang sama ia akan memberi kesan kepada keadaan kewangan kerajaan.

Jiwa SME | Geran digital bantu aktifkan pemasaran syarikat
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi detik hitam buat Usahawan NM Aircond Sdn Bhd, Masitah Mohd Afandy. Mana tidaknya, dia hampir menutup syarikat perkhidmatan selenggara penghawa dingin yang diusahakan sejak 2014 kerana kehabisan simpanan dan aliran tunai.

Niaga AWANI: Malaysia Digital | Tadbir urus MD diselaras di peringkat tertinggi
Tadbir urus dan strategik pelaksanaan Malaysia Digital (MD) akan diselaras di peringkat tertinggi kerajaan dan pemantauan serta penambahbaikan akan dibuat dari semasa ke semasa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurutnya, Kabinet juga telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Koordinasi MD (MD-CC) bagi menyelaras tadbir urus dan operasi serta penganugerahan status.

Arsenal tandatangani Gabriel Jesus daripada Manchester City
Jesus menjadi pemain keempat dibawa masuk Arsenal dalam jendela perpindahan kali ini selepas.

ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.

Perintah berkurung ESSZone hanya libat kawasan laut - Polis
Pelaksanaan perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi yang dilanjutkan hingga 25 Mei ini hanya melibatkan kawasan laut di tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Tiga PATI pengikut ajaran sesat, ilmu kebal 'Wali Tujuh' ditahan
Esscom menahan tiga lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas dipercayai terbabit ajaran sesat dan ilmu kebal 'Wali Tujuh'.

ESSCOM keluarkan 20 senarai suspek dikehendaki terbabit kes penculikan
ESSCOM hari ini mengeluarkan senarai terkini 20 individu warga Filipina yang dikehendaki kerana terbabit dalam kes penculikan untuk wang tebusan.

ESSCom tumpas 41 puak dalam kumpulan Abu Sayyaf terlibat militan, penculikan sejak 2013
Kejayaan itu susulan tindakan pantas pasukan perisikan ESSCom, hasil pertukaran maklumat risikan dengan Joint Task Force Sulu serta Westmincom.

Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.

ESSCom mohon tambah aset perkukuh keselamatan di ESSZone
Penambahan aset berkenaan memberi kemudahan dan peningkatan operasi kawalan di ESSZone yang bersempadanan Indonesia serta Filipina.

Bila perintah berkurung di Pantai Timur Sabah akan ditamatkan?
Sekatan sebegitu menyebabkan industri dan pelancongan di kawasan itu terjejas.

Tujuh ahli kumpulan Abu Sayyaf akan didakwa sebelum dihantar pulang - Polis Sabah
Kesemua tujuh ahli kumpulan Abu Sayyaf yang sebelum ini ditahan di Pulau Timbang, Sandakan, akan didakwa sebelum dihantar pulang ke Filipina.

Abu Sayyaf: Pemilik ladang perlu pastikan pekerja memiliki dokumen pengenalan diri - Polis
Hazani berkata, jika sukar memastikan pekerja memiliki dokumen yang sah, pemilik ladang perlulah mencari jalan untuk mendokumentasikan sendiri buruh mereka.