awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU

Bernama
Bernama
25/04/2024
15:19 MYT
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Beliau berkata pengamal EU amat berterima kasih kerana berpeluang belajar secara langsung daripada pihak keselamatan tempatan di ESS ZONE bersama ESSCOM. - Gambar X @Joanna Wasiewska
LAHAD DATU: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE), kata Kaunselor Pertama Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Joanna Wasiewska.
Beliau berkata pengamal EU amat berterima kasih kerana berpeluang belajar secara langsung daripada pihak keselamatan tempatan di ESS ZONE bersama ESSCOM.
"Kami berterima kasih atas peluang yang diberikan ini yang membolehkan kerjasama dan pembinaan kapasiti pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan yang dikongsi ESSCOM di sini hari ini.
Pagi tadi, Joanna bersama delegasi pakar EU melawat pusat arahan ESSCOM.
Sementara itu, Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos mengalu-alukan sebarang peluang untuk terlibat dalam pertukaran rakan setara terutamanya dengan rakan sejawatan EU mereka.
EU-ESSCOM 2 (AKHIR) LAHAD DATU
"Memandangkan pelbagai aktiviti haram, sejarah dan pelbagai tujuan jenayah serta ideologi yang terlibat, kawasan sempadan maritim ini tetap menjadi keutamaan keselamatan negara untuk masa hadapan.
"Malaysia dan EU boleh saling belajar dan menyokong dalam membina kerjasama keselamatan yang lebih kukuh," katanya.
Beliau berkata pelawat dari EU digalakkan dan dialu-alukan ke negeri terindah Sabah kerana ESS ZONE ialah kawasan selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ESSCom
#ESS ZONE
#pihak keselamatan
#pusat arahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan