awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ESSCom sahkan dua rakyat Malaysia diculik Abu Sayyaf selamat

Bernama
Bernama
23/03/2017
14:01 MYT
ESSCom sahkan dua rakyat Malaysia diculik Abu Sayyaf selamat
WAN ABDUL BARI: Saya mendapat pengesahan daripada pihak tentera Filipina bahawa dua tebusan culik warga Malaysia berjaya diselamatkan dalam satu operasi. -Gambar fail
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengesahkan dua daripada lima rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf sejak Julai tahun lalu, diselamatkan pasukan keselamatan Filipina dalam satu operasi di selatan republik itu awal pagi tadi.
Komander ESSCom, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata dua tebusan itu adalah Tayudin Anjut, 46, dan Abdul Rahim Summas, 63, iaitu kru kapal tunda Serudong Tiga yang diculik oleh pengganas Abu Sayyaf di perairan Dent Haven di Lahad Datu pada 18 Julai lalu.
"Saya mendapat pengesahan daripada pihak tentera Filipina bahawa dua tebusan culik warga Malaysia berjaya diselamatkan dalam satu operasi.
"Setakat ini, kita masih berhubung dan berurusan dengan pihak keselamatan Filipina mengenai perkara ini," katanya kepada Bernama.
Ditanya lanjut mengenai lokasi terkini Tayudin dan Abdul Rahim, beliau berkata kedua-dua mangsa masih berada di kem tentera di Filipina untuk menjalani proses tertentu.
"Ada proses tertentu (tidak boleh didedahkan), itu perkara biasa dan yang penting mereka selamat," kata Wan Abdul Bari.
Sebelum ini, media asing melaporkan, kedua-dua mangsa yang dalam keadaan lemah dan tidak sihat diselamatkan oleh bot pasukan peronda Marin Filipina di perairan Pulau Pata di selatan Filipina.
Sehingga kini, tiga lagi warga Malaysia masih ditahan pengganas Abu Sayyaf iaitu Fandy Bakran, 27, Mohd Jumadil Rahim, 24, dan Mohd Ridzuan Ismail, 33, yang juga kru kapal tunda Serudong Tiga.
Sementara itu, Gustia Sultan, 47, isteri Tayudin masih belum mendapat maklumat berhubung pembebasan suaminya daripada mana-mana pihak termasuk pasukan keselamatan.
"Saya belum lagi dihubungi sehingga ini, hanya mengetahui perkara ini daripada media...tetapi saya sangat bersyukur mengenai berita pembebasan ini, saya gembira dan terharu," katanya. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Rahim Summas
#Abu Sayyaf
#ESSCom
#Tayudin Anjut
#wan abdul bari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan