awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ESSCom sedia beri kerjasama penuh dengan Nadma hadapi bencana

Bernama
Bernama
06/07/2017
00:14 MYT
ESSCom sedia beri kerjasama penuh dengan Nadma hadapi bencana
ESSCom menyokong segala inisiatif Nadma untuk mengadakan latih amali bersama semua jabatan kerajaan di ESSZone. - Gambar fail
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) bersedia memberi kerjasama penuh kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam memastikan aspek pengurusan bencana alam di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) terlaksana tanpa masalah.
Komander ESSCom, Datuk Hazani Ghazali berkata perkara itu termasuk kesediaan menggerakkan keanggotaan serta aset-aset ESSCom yang diperlukan sepanjang tempoh kerjasama itu seperti ketika aktiviti dan latihan amali dijalankan oleh Nadma.
"Kita menyokong segala inisiatif Nadma untuk mengadakan latih amali bersama semua jabatan kerajaan di ESSZone kerana inisiatif itu dapat menilai tahap kesiapsiagaan setiap jabatan terutamanya dalam aspek menguruskan bencana dan keselamatan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Baru-baru ini Hazani, dikunjungi Ketua Pengarah Nadma Datuk Abdul Rashid Harun dan kunjungan hormat itu antara lain bagi mengukuhkan hubungan baik antara pengurusan tertinggi Nadma dan ESSCom serta membincangkan mengenai latihan amali bersama yang akan diadakan dalam masa terdekat ini, serta melibatkan semua pihak termasuk ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi.
Hazani berkata latihan amali itu antara lain sebagai pendedahan serta persediaan awal semua pihak mengetahui kaedah berhadapan bencana alam jika berlaku pada bila-bila masa.
"Latihan amali dapat menyelaras peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh semua pihak bagi memastikan jawatankuasa bencana daerah yang diketuai oleh pegawai daerah dapat merangka satu pelan tindakan yang bersifat komprehensif dan boleh digunakan pakai oleh semua pihak dalam menghadapi sebarang bencana alam di ESSZone," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Rashid Harun
#ancaman
#ESSCom
#ESSZONE
#keselamatan
#NADMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan