awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
Proses pengundian PRU Jepun bermula
Dua letupan kecil dalam operasi kebakaran tanah gambut di Muar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ESSZone bincang isu penempatan semula perkampungan air

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
02/02/2015
13:45 MYT
ESSZone bincang isu penempatan semula perkampungan air
Jawatankuasa Penempatan Semula Zon Selamat hari ini membincangkan mengenai isu perumahan penduduk kampung air. -Gambar fail
Jawatankuasa Penempatan Semula Zon Selamat hari ini mengadakan mesyuarat yang antara lain membincangkan mengenai isu perumahan dan penempatan semula penduduk kampung air.
Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Ruji Ubi berkata jawatankuasa itu turut mendengar pembentangan laporan perkembangan Projek Perumahan Rakyat (PPR), Bubul Lama, Semporna yang dilaksanakan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Menurutnya, turut dibincangkan cadangan pemilikan 900 unit rumah di off Jalan Bomba bagi penempatan semula penduduk di empat kampung air di Sandakan.
Perkara lain yang dibincangkan, katanya ialah usaha mendapatkan bajet membeli rumah projek perumahan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, Majlis Perbandaran dan swasta.
Mesyuarat ESSCom yang pertama tahun ini dipengerusikan setiausaha kerajaan negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman dan dihadiri anggota tetap jawatankuasa itu.
Ketika membentangkan perubahan nama jawantakuasa itu, Ruji berkata jawatankuasa itu penting bagi menjayakan wawasan kerajaan untuk menyusun semula penempatan air mengikut keutamaan di ESSZone.
Sebelum ini, ESSCom melancarkan operasi banjian di sembilan kampung Mukim Simunul, Semporna dan empat perkampungan air iaitu Kampung Forest, termasuk Kampung Goddview, Kampung Muhibaab, Kampung Cahaya Baru dan Kampung Mangkalinau di Sandakan.
Beliau berkata, tujuan utama operasi bancian itu ialah mendapatkan maklumat lengkap dan tepat, termasuk perangkaan mengenai jumlah kampung, penduduk, keluarga serta demografi penduduk warganegara dan bukan warganegara.
Topic Berkaitan
#ESSCom
#ESSZONE
#isu perumahan
#jawatankuasa
#kampung air
#mesyuarat
#penempatan
#penempatan semula
#selamat
#semula
#Zon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan