KUALA LUMPUR: Kod etika kecerdasan buatan (AI) yang dijangka siap menjelang 2024, bukan sahaja perlu mengandungi Tujuh Prinsip AI Bertanggungjawab tetapi juga menerapkan pendidikan dan kesedaran mengenai etika.
Forum 'Responsible AI: Designing Tomorrow with Ethics and Transparency' (AI Bertanggungjawab: Mereka Bentuk Masa Depan dengan Etika dan Ketelusan) berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Sabtu, bersetuju bahawa selain prinsip yang disenaraikan dalam Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negara 2021-2025 itu, pendidikan awal mengenai etika dan nilai juga penting untuk membentuk masa depan AI.
Pengarah Digital dan Nasihat Analitik Kumpulan Fusionex, Freddy Loo berkata, sistem pendidikan negara tidak seharusnya mengehadkan fokus kepada melatih individu menjadi pengatur cara AI yang hebat, tetapi juga perlu mewujudkan kesedaran tentang bagaimana menjadi individu beretika untuk mengesan sifat berat sebelah dan empati.
"Semua ini perlu dilatih. Ketika ini kita banyak menumpukan pada kemahiran teknikal (hard skills), tetapi jangan lupa kemahiran insaniah. AI sangat ditagih namun masalahnya ialah bagaimana untuk bermula dan banyak organisasi di Malaysia adalah perusahaan kecil dan sederhana (PKS). PKS lebih kecil dan mempunyai sumber terhad.
"Apa yang boleh kita lakukan ialah membantu organisasi ini menceburi AI secara kecil-kecilan dan apabila mereka melihat nilainya mereka boleh mengembangkan (perniagaan). Saya rasa itu yang penting," kata Loo yang juga ahli panel forum itu kepada Bernama.
Forum itu dianjurkan oleh Invest Selangor sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor Ketujuh 2023 (SIBS) dan disokong oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) pada 19-22 Okt ini.
Tujuh Prinsip AI Bertanggungjawab - saksama; kebolehpercayaan, keselamatan dan kawalan; privasi dan sekuriti; keterangkuman; ketelusan; akauntabiliti serta mengejar faedah dan kebahagiaan manusia - adalah garis panduan untuk pembangunan AI dipercayai dan bertanggungjawab yang berupaya melindungi hak dan privasi individu.
Loo berkata pembangunan kod etika AI Malaysia adalah asas permulaan yang baik untuk kerjasama antarabangsa memandangkan isu memiliki kod etika AI standard turut berlaku di secara global.
"Saya sangat berharap dan saya rasa ia adalah langkah pertama yang betul. Saya harap ia bukan satu aktiviti yang dilakukan secara pengasingan oleh kerajaan sahaja dan didesak oleh peringkat atasan, ia haruslah satu kerjasama dengan industri dan bukan aktiviti sekali itu sahaja, ia perlu menjadi aktiviti yang telah dikaji kerana AI berevolusi mengikut masa dan ia juga perlu bergerak merentas masa," katanya.
Seorang lagi ahli panel, Perunding Beyond Consulting Ltd United Kingdom Patricia Shaw berkata AI menjadikan kehidupan lebih efisien dan produktif, namun pada masa sama ia boleh menurunkan tahap kemahiran dan mewujudkan ruang dalam pemaduan ilmu.
"Kita perlu mewujudkan legasi AI dalam kalangan penduduk. Kita perlu membina kemahiran dan kesiapsiagaan (capacity building) supaya kita melahirkan generasi akan datang yang saya gelar masyarakat mementingkan nilai, yang boleh memahami etika, nilai dan AI bertanggungjawab dan menerapkan ini dalam syarikat pemula, syarikat sedang berkembang atau PKS masa depan," katanya dalam forum itu.
Shaw berkata proses pembinaan kemahiran dan kesiapsiagaan itu akan membantu mewujudkan jenis AI yang diinginkan masyarakat untuk generasi masa depan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang pada 10 Okt lepas berkata kod etika AI sedang dibangunkan dan dijangka siap menjelang 2024 dan akan menjadi asas peraturan berhubung AI di negara ini.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi juga sedang meneliti keperluan untuk mewujudkan kerangka perundangan dan akta berkaitan AI.
Menurut Chong, Jabatan Standard Malaysia (JSM) juga telah membentuk Jawatankuasa Cermin Kebangsaan bagi menghasilkan standard atau piawai AI kebangsaan
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2023
Forum 'Responsible AI: Designing Tomorrow with Ethics and Transparency' dianjurkan Invest Selangor sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor Ketujuh 2023 berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 19-22 Okt. - Foto BERNAMA
MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
Hamas terima cadangan gencatan senjata di Gaza, Israel tidak setuju
Benjamin Netanyahu sifatkan perjanjian gencatan senjata itu tidak memenuhi tuntutan Israel.
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
Jangan guna lagu artis Iban tanpa kebenaran - Parisa
Persatuan Artis Iban Sarawak (Parisa) menggesa mana-mana pihak supaya tidak menggunakan lagu hasil karya atau nyanyian artis-artis Iban sesuka hati.
Columbia University batalkan konvokesyen berikutan demonstrasi pro-Palestin yang berterusan
Pihak universiti berkata ia -akan meninggalkan majlis konvokesyen utama pada 15 Mei- dan sebaliknya menganjurkan beberapa siri kecil majlis.
Pihak berkuasa Palestin minta AS campur tangan halang Israel serang Rafah
Tentera Israel keluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah dan bergerak ke selatan Gaza.
Peluang trio pecut wanita ke Olimpik masih samar - PKBM
Peluang trio pecut wanita negara yang berada di kedudukan pertama senarai menunggu untuk beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih samar.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 di Pulau Pinang dijangka terima 200,000 pengunjung
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 akan berlangsung di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang dari 13 hingga 22 Mei ini.
UPNM akan tawar latihan berkaitan bidang rel buat veteran, bakal pesara tentera
Veteran dan bakal pesara tentera akan berpeluang menyambung kerjaya dalam bidang rel melibatkan sektor komunikasi dan keselamatan.
YouTube uji penggunaan AI bantu beri ilham kandungan video kepada penerbit
Melalui ciri baharu ini, ia menggunakan sokongan kecerdasan buatan dalam memberikan serta menjana ilham video seterusnya untuk dihasilkan.
IRC 2024 tarik 800 penyertaan fokus tangani isu inovasi keselamatan digital
Perkongsian peserta yang terdiri daripada pengawal selia dan pakar bidang subjek adalah penting.
KPT tumpu wujud tenaga mahir khususnya bidang teknologi AI penuhi keperluan negara - Zambry
Ia bagi menampung keperluan permintaan tenaga kerja yang bakal dijana hasil dari penerimaan pelaburan besar diraih negara.
DSA: KDN mahu manfaat teknologi, inovasi untuk kukuhkan kawalan sempadan
KDN sedang merangka strategi bagi meningkatkan penggunaan teknologi melibatkan kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuh kawalan sempadan negara.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Di peringkat permulaan, Fakulti Kecerdasan Buatan bermula di UTM dan ada juga konsortium dengan universiti yang lain juga.
Malaysia berdepan 30,000 kekurangan jurutera, perlu tampung dengan TVET - PM
Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dipertingkat bagi menampung kekurangan 30,000 jurutera di negara ini.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Lihat TVET, AI dan digital sebagai ekonomi baharu negara – PM Anwar
Dalam memastikan ekonomi negara terus ke hadapan, masyarakat digesa untuk tidak lagi terperangkap dalam stigma lama, atau mudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan pihak tertentu.
Apple dijangka tambah ciri AI pada Safari melalui iOS 18
Ciri kecerdasan buatan pada Safari kelak akan memudahkan beberapa proses pelayaran.
TM akan percepatkan penggunaan teknologi AI tahun ini - Pengerusi
Telekom Malaysia Bhd (TM) sedang berhasrat untuk mempercepatkan lagi usaha dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) tahun ini.