MALAYSIA
EU sedia kenakan tarif ke atas barangan AS bernilai AS$109 bilion jika rundingan gagal
Trump pada Rabu berkata AS bersedia untuk mengurangkan tarif ke atas barangan Eropah sekiranya EU membuka pasarannya dengan lebih luas kepada syarikat Amerika. - Gambar/ AP
BRUSSELS: Negara Kesatuan Eropah (EU) meluluskan cadangan Suruhanjaya Eropah untuk mengenakan tarif import ke atas barangan yang melibatkan jumlah dagangan sebanyak EUR93 bilion (US$109.4 bilion) sekiranya rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) gagal, menurut diplomat EU kepada dpa.
Ringkasan AI
Langkah itu termasuk senarai barangan yang diluluskan bernilai EUR21 bilion dan senarai baharu dengan tambahan barangan bernilai EUR72 bilion.
Presiden AS Donald Trump, baru-baru ini mengumumkan yang beliau akan mengenakan tarif sebanyak 30 peratus ke atas import dari 27 negara EU bermula 1 Ogos.
Walaupun langkah balas itu diluluskan, blok EU masih berharap dapat mencapai penyelesaian secara rundingan dalam pertikaian perdagangan dengan Washington.
Trump pada Rabu berkata AS bersedia untuk mengurangkan tarif ke atas barangan Eropah sekiranya EU membuka pasarannya dengan lebih luas kepada syarikat Amerika.
"Jika mereka bersetuju untuk membuka pasaran kepada perniagaan Amerika, maka kami akan benarkan mereka membayar tarif yang lebih rendah," kata Trump pada satu acara yang memfokuskan kepada Kecerdasan Buatan (AI).
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Negara EU meluluskan cadangan mengenakan tarif import bernilai EUR93 bilion terhadap barangan dari AS sekiranya rundingan perdagangan gagal, sebagai tindak balas kepada tarif 30 peratus yang diumumkan oleh Presiden Donald Trump ke atas import dari EU bermula 1 Ogos.
- EU masih berharap dapat mencapai penyelesaian secara rundingan, dengan Trump menyatakan kesediaan mengurangkan tarif jika EU membuka pasaran kepada syarikat Amerika.
- Langkah balas EU melibatkan dua senarai barangan bernilai EUR21 bilion dan EUR72 bilion, menunjukkan keseriusan blok itu dalam mempertahankan kepentingan perdagangan mereka.