awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakisan pantai Batu Ferringhi, Tanjong Bungah: JPS laksana langkah mitigasi
PM Anwar setuju ujian diagnostik kemasukan Tahun Satu tidak dilaksana
ATAM kerjasama dengan pemain industri di Krabi, bangunkan asnaf Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU siasat Google guna kandungan web, YouTube untuk AI

Amanz
Amanz
11/12/2025
03:45 MYT
EU siasat Google guna kandungan web, YouTube untuk AI
EC memulakan siasatan antimonopoli terhadap Google disebabkan penggunaan data tanpa kebenaran untuk latih model AI. -Gambar fail/Reuters
SURUHANJAYA Eropah (EC) memulakan siasatan antimonopoli terhadap Google kerana didakwa melatih model kecerdasan buatan (AI) menggunakan data daripada laman web dan video YouTube tanpa kebenaran pemilik harta intelek.

Ringkasan AI
  • Suruhanjaya Eropah (EC) memulakan siasatan antimonopoli terhadap Google disebabkan penggunaan data tanpa kebenaran untuk latih model kecerdasan buatan (AI).
  • EC mendakwa Google tidak memberi pampasan wajar kepada pemilik karya yang data mereka digunakan untuk ciri AI Mode dan AI Overviews, termasuk video YouTube.
  • Tindakan lanjut ke atas Google masih belum diumumkan oleh EC.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
EC berkata Google tidak memberikan pampasan sewajarnya kepada pemilik karya yang kandungannya digunakan untuk ciri AI Mode dan AI Overviews, termasuk video YouTube serta kandungan carian pantas.
Pemilik laman web juga tidak diberikan pilihan untuk menghalang kandungan mereka digunakan oleh ciri berkenaan.
Tindakan yang akan dikenakan ke atas Google jika didapati bersalah masih belum diumumkan oleh EC.
Undang-undang Kesatuan Eropah (EU) melarang syarikat menyalahgunakan kedudukan dominan di pasaran untuk mendapatkan kelebihan ke atas pesaing.
Dalam dua tahun kebelakangan ini, syarikat teknologi utama dunia berdepan pelbagai tindakan kerana amalan perniagaan yang didakwa tidak menggalakkan persaingan.
Google yang memegang lebih 80 peratus pasaran carian web didakwa melakukan monopoli, sekali gus mencetuskan saranan supaya syarikat itu dipecahkan bagi memberi peluang kepada pesaing dan menawarkan pengguna lebih banyak pilihan. -Amanz

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menyebabkan Suruhanjaya Eropah (EC) memulakan siasatan antimonopoli terhadap Google? A: EC bermula siasatan kerana Google didakwa menggunakan data tanpa kebenaran untuk latih model kecerdasan buatan (AI).
  • Q: Mengapakah Google dituduh tidak memberikan pampasan wajar kepada pemilik karya? A: Google tidak memberi pampasan wajar kepada pemilik karya kerana data mereka digunakan untuk ciri AI Mode dan AI Overviews tanpa kebenaran.
  • Q: Apakah tindakan yang mungkin diambil ke atas Google jika disabitkan kesalahan? A: Tindakan lanjut ke atas Google masih belum diumumkan oleh Suruhanjaya Eropah (EC).

Topic Berkaitan
#Google
#Suruhanjaya Eropah EC
#siasatan antimonopoli
#penggunaan data tanpa kebenaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan