MALAYSIA
Euan Smith seru reformasi industri - "Jangan biarkan pemain tempatan terpinggir”
Euan melihat keperluan mendesak untuk tangani ketidakseimbangan sumbangan cukai dan sokongan industri antara pemain global dan tempatan. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perlu ada usaha untuk mewujudkan padang permainan yang adil dalam industri media dan pengiklanan, khususnya bagi pemain tempatan yang kini berdepan cabaran besar akibat dominasi platform digital global.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith berkata, pemain media tempatan tidak seharusnya dipinggirkan hanya kerana mereka beroperasi secara lokal.
Selain itu beliau berkata, perlu juga usaha untuk menangani ketidakseimbangan sumbangan cukai dan sokongan industri antara pemain global dan tempatan
“Selagi kita tidak kembali kepada padang permainan yang sama rata, di mana pemain tempatan tidak dihukum hanya kerana mereka tempatan, kita tidak akan ada agensi, tidak akan ada platform, dan tidak akan ada ramai klien,” katanya.
“Dan selagi TikTok, Google dan Facebook tidak menyumbang cukai kepada negara ini, tidak menyokong pertumbuhan sistem kreatif negara ini, kita akan terus ketinggalan,” tegasnya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu menjadi panelis untuk sesi ‘Media Industry – Disrupted or Self-Destructed’ sempena MSA Festival & Awards yang berlangsung di Petaling Jaya, pada Khamis.
Dalam pada itu, Euan menolak pandangan bahawa syarikat media seperti Astro sedang menuju ke arah kemerosotan.
“Kita bercakap tentang ‘sunrise versus sunset’. Sukar untuk percaya bahawa Astro atau mana-mana pengendali media yang membina kandungan video dalam talian adalah perniagaan yang sedang tenggelam, sedangkan tontonan video dalam talian terus meningkat setiap tahun di negara ini dan seluruh dunia.
“Netflix mencatatkan 34 bilion minit tontonan di Malaysia tahun lalu. Sooka dan Astro Go pula mencatatkan 21 bilion. Tetapi Astro linear setiap bulan mencatatkan 38 bilion minit tontonan. Secara keseluruhan, kita hampir 20 kali ganda lebih besar daripada Netflix,” katanya lagi.
Dalam pada itu Euan turut menyentuh mengenai cabaran dualiti sistem yang perlu diurus oleh syarikat seperti Astro.
“Separuh daripada Malaysia masih tidak mempunyai sambungan jalur lebar. Mereka perlukan satelit untuk menonton televisyen. Jadi kami memenuhi keperluan itu — hampir seperti khidmat nasional — dan pada masa sama perlu bersaing dalam dunia OTT dan media sosial,” katanya.
Beliau menekankan bahawa terdapat masalah persepsi terhadap media tradisional.
“Realitinya, kita bukan perniagaan yang sedang tenggelam. Kita hanya perlu hidup dalam dua dunia buat masa ini,” katanya.
Sebagai penutup, Smith menyeru agar agensi dan pengiklan tidak terlalu terpengaruh dengan naratif digital semata-mata - “Kita perlu minum kurang ‘Kool Aid’. Kita tidak akan sepenuhnya masuk ke dunia digital. Masih ada audiens besar yang menghargai kesedaran jenama melalui TV, video dan aktiviti fizikal,” katanya.
“Dalam era digital, kita perlu satu pusat sehenti yang benar-benar memahami komuniti dan mempunyai wajah tempatan - berbeza dengan platform global yang mungkin tidak,” tegasnya lagi.